ini minggu terakhir bagi bulan terakhir tahun 1429H bersamaan tahun 2008M. zulhijjah dan disember letak penghujung masing-masing tahun. syukur kita berada dalam afiat dan sejahtera. sepuluh bulan lalu aku diziarahi pyan habib dan moechtar awang di katil 15 wad teratai HRPZ2 kota bharu. waktu itu aku masih dirawat rapi di situ. kunjungan mereka ku amat hormati dan tentunya ikut memberiku kegembiraan bagai suntikan semangat hayat. aku masih belum boleh berkata-kata kerana di bawah leherku bertebuk menggunakan tracheistomy, ia mengganggu peti suara. kominikasiku dengan orang lain hanya melalui tulisan. aku boleh menulis dan mendengar dengan baik tetapi tidak boleh bersuara. aku tahu bro pyan pula boleh bercakap tetapi tiada upaya mendengar! namun sambil itu spontannya kucatatkan sajak ini:
PYAN, AKU BAHAGIApyan, aku bahagia kau datangteringat anak alam di pinggir bukitlama dulu. Medan selera, kamar sempitpadang merbuk. Zaihasra sudah pergisebuah puisiku pada Ruang Dalamaku ikut mengintai suara untukmuaku pula hilang suara, ketika kautibapyan,kita bertemu kerana lama tak berjumpapuisi lamaku itu, kenangan ingatanbahawa antara kita pernahbercerita mengenai alam.
17 februari 2008
membanggakan aku bila bro pyan habib menunai permintaanku agar membaca sajak itu di pinggir katil tempat aku berbaring. terima kasih pyan. ini kali pertama barangkali bagi pyan membaca sajak di wad hospital. penontonnya selain aku dan isteri; ikut bersama sudah tentu beberapa jururawat serta pesakit-pesakit sekeliling. suara istimewa pyan berselang antara bunyi nada mesin alarm dan keluh pesakit sekitar.
memang bila bertemu pyan aku teringat rumah anak alam pinggir bukit (?) dan padang tekukur tepi jalan ke tugu negara dan bangunan parlimen, kuala lumpur. aku bersama penyair moechtar awang pernah menginap di kamar bro pyan di situ. kami boleh melihat dan membaca karya lukisan @ catan yang dipamerkan di dinding-dinding bilik rumah tersebut. ada hasil karya a.latif mohidin, a.gafar ibrahim (AGI) , a ghafar bahari, ali rahmad @ ali mabuha, syed ahmad jamal, ibrahim husein dan lelain yang kulupa namanya. deru trafik bandaraya diselang decitan margasatwa berdekatan turut mendamping telinga kami.
malam kami berkumpul di medan selera berhampiran restoran rakyat dan bangunan bank negara. sempat berborak ramai-ramai bersama almarhumah penyair zaihasra, zaiton ajamain, sdr hanafiah samad dan beberapa individu seangkatan. bicaranya sudah tentu berkisar sajak, kepenyairan, teater kontemporari, kritikan sastera dan persoalan sewaktu dengannya. gelagat bro pyan cukup melucukan kami. keletahnya cukup menghambat kerisauan.
paginya, kami akan bersarapan nasi lemak pedas dan kopi panas di kantin atas bukit (?) itu , kekadang bersama meor hashim manaf dan isterinya azaidah khairan (tidak berdramakah mereka kini) serta beberapa penggiat teater lain di panggung bandaraya berhampiran. itu kenangan. itu nostalgia.
ikut mengisi antologi pertamaku ruang dalam (terbitan PENYAIR @ Perkumpulan Penyair Mutakhir Malaysia, 1986) sebuah sajakku khusus buat beliau:
PINTU
- buat pyan habib
kauajakku masuk sebelum kuketukselak menyekang gema, suara tergarisapa terkunci bergugur senja di perbukitankecil. datang malam menebar gebarkita bersepi di pinggir pintu
angin parau terjulur dari rangkungmenghembus asapdan hilai bahasa. kureguk pekik tertendangitu bagai jaring labah penuh salut pelekatgagal merungkai saraf dukamuberpintalterjerat kita di bawah gebar dan jaringmeraba rasa dan makna. tiada desir pohontiada nyanyi burung. gegendang bertahunmengundang sunyi rindukan merdusuara Daud yang disorokkanbelakang pintu.Mac 1986.selepas bro pyan habib mengunjungiku di wad bulan februari lalu, kami sering berutus sms bertanya kabar, berucapan selamat sambil menggambarkan wajah masing-masing di kotak ingatan. kuingat rambut gondrongnya, suaranya (berdengung tak suara sendiri di gegendang telinganya, wallahu a'lam) dan mata mesranya. aku masih menyimpan antologi sajak suara bro pyan. bercetak kertas yang agak tebal berwarna kebiruan. kata pyan rakan-rakan membantu-terbitkan buku bersejarah itu. aku tidak mudah melupai bro pyan selaku sahabat yang baik. begitu juga barangkali beliau sebab itu dismsnya begini kepadaku:
(ops! Antologi terbaru enta. negeri di bawah bulan.ongkosnya masih lupa ana kirimkan) sdr abdulhadi, selamat hari raya haji maaf zahir batin. * tiap kali ana bertamu ke pulau melaka, ana keluar gitu2 saja tanpa diketahui enta selaku tuan rumah, maaf ya. * ana juga dak lupa untuk ongkosi akan racun abadi tetapi ana TIDAK LUPA! * semoga enta sihat2 dan tidak sakit2. salam buat enta sekeluarga. itu pesanan ringkas bro pyan bertarikh 9 disember 2008.
aku sering ke blog beliau ini gua ini blog gua. gembira aku menatap komen bersajak beliau terhadap iklim sosio-politik di malaysia kini. iklim yang merimaskan. cuaca hangat. banjir kilat. politik gawat. masyarakat pucat. tanah runtuh atau kepimpinan tanah air yang makin geruh.
bro pyan habib bijak memberi nilai dan menawarkan persoalan! ringkas tapi mengesankan minda! hahha.. dia juga bertamu ke blogku tamu pulau melaka. ini barangkali kerana aku ikut memberi komen di blog 'igibg'nya itu. dengan cara begini pun kami boleh berbicara. berhubungan silaturrahim. bro pyan boleh juga ke blog ini keroncong dari ana. kita berutusan suara minda dan bersajak di sini. selamat datang dan selamat tahun baru ma'alhijrah 1430H dan 2009M moga datang tahun hadap ini membahagia kita dan moga Allah merahmati kita. jangan lupakan DIA.