Tuesday, July 20, 2010

Bahasa Melayu Sabah


Jambatan Tamparuli:

( Bahasa pertuturan semua bangsa di dunia ini adalah berbeza. Perbezaannya lebih hebat dari berlainan warna kulit. Namun perbezaan juga ketara walaupun sesama latar belakang keturunan, tempat dan iklim. Di Negeri Sabah sahaja dihuni oleh pelbagai keturunan dan bahasa loghatnya juga berbeza. Mari kita berkenalan dengan bahasa Sabah yang mudah-mudah):


Bahasa Melayu Sabah

Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas

Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.

Perbendaharaan Kata
Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia serta Brunei, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:

* bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
* cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
* limpang - baring
* limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
* lugai-lugai - tak tentu arah
* lilipan - lipan
* ndak/inda - tidak
* ping - ais
* poncit - pancit
* semberana - sengaja
* sikang - sudu
* sigup - rokok
* sikul - sekolah
* aisboks - peti sejuk
* bubut - kejar
* palui - bodoh
* sot - gila
* ngam-ngam - sesuai
* silaka - Celaka
* mem - ibu
* bos - bapa
* jambu - jelita
* mangkali - berangkali
* diorang - mereka

Penggunaan Kata tambah -bah
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

* Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

* Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.

Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

* Bah. - Baiklah

Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

Penggunaan "anu"
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!.

Penyampaian
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

* pigi - pergi
* sijuk - sejuk
* bisuk - besok
* mimang - memang
* cilaka (silaka) - celaka

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

* kamarin - kelmarin
* paning - pening
* bali - beli
* karbau/krabau - kerbau
* tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
* tambirang - Tembirang
* sanapang - 'senapang

Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

* bula - bola
* urang - orang
* buduh - bodoh
* munyit - monyet

Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.

* slipar - selipar
* krusi - kerusi
* triak - teriak'
* brani - berani
* tlefon - telefon
* skarang - sekarang

Penggunaan Berbeza
Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.

Contohnya:
* Sia (saya) - Saya
* aku - saya
* kau - awak
* periuk - kuali
* celana - seluar
* piring - pinggan
* mengarti (mengerti) - faham
* Nda payah - tak perlu
* ta'usah (tak usah) - jangan
* munyit (monyet) - kera
* minta puji - berlagak (sombong)
* jandila (jendela) - tingkap

Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.
* tapuk - sorok
* biasa - nakal

Kesimpulan
Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.
Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah.

Lain-lain:
1. tuuuna/ saaaana - tunjuk dengan bibir mulut (sanaa... arahnya ) (lagi panjang 'tuuuuuuuuuuuuna / saaaaaaaaaaaaaana' tandanya lagi jauh arahnya.)
2. limpas (to pass/walk by - Maaf, saya limpas dulu? Euse me, can I passby?
3. palui (stupid, duh!)
4. tapuk (to hide)
5. bida (ugly)
6. bubut (as in proper malay- "kejar", to chase)
7. sakai (ignorant, uncivilized, "hoosier")
8. andang-andang (that's how it is)
9. sapak (kasi campur/gaul --utk masakan-to mix as in cooking)
10. inda/tia (short form of "tidak" - not, no)
11. wicin (another brand of msg as in "aji-no- moto" - a seasoning or food enhancer)
12. talampau (proper malay - "terlampau"- too much)
13. takajut (proper malay - "terkejut" - shocked, startled)
14. siorang (proper malay -"kami"/ "saya-orang" - us, we)
15. ngam-ngam (proper malay "kebetulan" - et, at that time)
16. mangkali (proper malay "barangkali" - maybe, perhaps)
17. kamarin (proper malay "kelmarin" - yesterday)
18. kanapa (proper malay "kenapa" - why)
19. gia (___expression - "is it?")
20. bah (___expression - "ok!")
21. ah? (question, "Apa?" What?)
22. kici/kicil (proper malay "kecil" - small)
23. basar (proper malay "besar" - big, huge)
24. siok (___expression/description, proper malay "seronok" - enjoyable, great, etc-)
25. urang ("orang" - people; sometimes used "diurang" - them, they)
26. karing ("kering" - dry)
27. umban ("humban, lempar" - throw)
28. kana ("kena"- got ie--"kena umban" --got thrown)
29. padih ("pedih" - as in "Mata saya padih/pedih!" - My eyes stings, painful)
30. numbur ("nombor" - number)
31. gali ("geli" as in squeemish about something, or "gali"--gali lubang as in Dig a hole.)
32. dorang ("dia orang/diurang" - them, they - Dorang pigi tamu. They went to the market.)
33. panat ("penat" - tired)
34. katawa ("ketawa" - laugh, laughing)
35. lanjang (a.k.a. "periuk /belanga " - pots/pans)
36. putung ("potong" - cut, slice)
37. Buduh ("bodoh" - stupid)
38. tongo/bongo ("stupido" - same as above )
39. kabaru-baruan ("kebaru-baruan"- new to something)
40. giuk (proper malay "ulat"- worm)
41. Sikui (Tembikai - watermelon)
42. Santut (Underwear)
43. celana/salana (Seluar)
44. gipit (to grip...)
45. kanapatan/kadapatan (caught red handed.. or as the malays in kl say..'kantoi')
46. kebangkalan (choked while eating..proper malay = 'tersedak')
47. ketulahan (bad karma)
48. bahai (plastic bag)
49. uinnaaa! (used to express various feelings, mostly when surprised..)
50. ging (derived from the word gang.. means kawan/member)


Mari Tengok Penggunaan "BAH" yang betul.
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "- bah"mempunyai fungsi seperti berikut:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata Contoh ayat:

Iya bah = Iya lah

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan.Selalunya digunakan pada permulaan kata. Contoh ayat:

Bah, pigi la kamu dulu = Kamu pergilah dulu.

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata.

BM Sabah.

Mak: "Boy, nanti ko pigi beli beras sana kedai ah."

Boy: "Bah."

BM piawai:

Mak: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."

Boy: "Baiklah"

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa mesra orang tersebut secara ringkas.

Contoh ayat:

Orang yg menegur: "Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan Orang yg ditegur: " Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan

Perbualan biasa:

1."aku lapar sudah bah ni" = "Saya dah lapar ni"

2."sejuk bah ni air..." = "Sejuknya air ni.."

3."awal lagi bah ni" = "Awal lagi ni...."

PENYALAHGUNAAN "BAH"

Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik.

Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah gunakan oleh masyarakat selain Sabah. Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:

1. "apa kabar bah?"

2. "suda makan ka bah?"

3. "bila balik bah?"

4. "boleh jumpa ka bah?"

Sepatutnya perkataan "bah" di atas tidak perlu digunakan

Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul.

Subhanallah, Mahas Suci Dia yang menjadikan pelbagai bangsa dan bahasa supaya manusia saling berkenalan.

Saturday, July 3, 2010

Angin Dewa Muda oleh Man Irama



Lagu Evergreen
Rasa seria' ddiri bulu roma,
ttijok angin,angin dewa muda,
ssako ayah zuriat bondaaa,
titih yang baik tatkala mula.