Friday, March 6, 2009

ZUBIR ALI ; MENAMATKAN PENANTIANNYA.

Penyanyi Zubir Ali Meninggal Dunia
Mar 6, 09 7:25pm
Komposer dan penyanyi Zubir Ali, 60, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 10.30 pagi tadi akibat komplikasi jantung.

zubir aliAllahyarham, yang merupakan bekas vokalis kumpulan Harmoni dan terkenal dengan lagu hit mereka, "Penantian", dimasukkan ke hospital berkenaan kerana menjalani pembedahan pintasan jantung Jumaat lalu.

Anak bongsunya, Raihan Rani, 23, berkata bapanya tenat sejak pagi tadi apabila mengalami tekanan darah yang tidak normal.

"Sejak semalam dia dah mula sakit. Tetapi pada jam 6 pagi tadi, tekanan darahnya turun dengan mendadak.

"Alhamdulillah kami sekeluarga sempat berada di sisinya sehingga ayah disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Seksyen 14 Petaling Jaya di mana jenazah allahyarham, dimandi dan dikafankan selepas solat Jumaat petang tadi.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar ~~Sumber Malaysiakini.

******* AL-FATIHAH , SEMOGA DIRAHMATI ***************

Sambil melahirkan rasa terkejut, rakan baiknya, komposer dan penyanyi, M Nasir, berkata pemergian Zubir merupakan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanahair.

"Kami sepatutnya bertemu dalam satu mesyuarat semalam tetapi dia tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan," katanya yang mengenali Zubir sejak mereka sama-sama berkecimpung dalam industri hiburan.

Antara lagu, lirik dan nyanyian Zubir Ali yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi sesiapa yang mendengarnya iaitu Balada Gadis Kecil mengenai penderitaan seorang gadis kecil bernama Munir diceritakan dalam elemen lagu puisi yang cukup menyentuh perasaan. Lagu tersebut juga pernah memenangi Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia 1983.

Dalam satu temubual bersama Harakahdaily mengenai pelancaran album ketiganya 'Zubir Ali 06' tiga tahun lalu, beliau menyatakan tidak semua penyanyi dapat menyanyikan lagu-lagu puisi kerana jiwa puisi agak berbeza. Lantaran itu beliau lebih selesa menyanyikan sendiri lagu-lagu ciptaannya.

"Lagu-lagu saya ditulis dengan hati dan sesiapa yang 'mempunyai hati' akan tertarik dengan lagu-lagu saya. Dan lagu saya ditujukan untuk mereka boleh mendengar sesuatu yang murni. Lagu saya bukan sekadar untuk berhibur tetapi juga mengajak manusia berfikir mengenai kehidupan," jelasnya dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakahdaily.~~~Sumber Harakahdaily.

TPM: Ta'ziah buat keluarga al-marhum semoga tabah dan redha menerima ketentuan Allah. Al-marhum telah mendahului kita ke hadhrat Ilahi. Didoakan semoga al-marhum dirahmati dengan keampunan dan kasih sayang Allah serta ditempatkan pada tempat tertinggi bersama orang-orang yang soleh. Amiiin.

Sunday, March 1, 2009

Pendedahan Terbaru...

Pendedahan Terbaru..Sungguh Mengejutkan....
Dilulus terbit pada Tuesday, January 20 @ 12:14:07 MYT
oleh Reformis ~~ Tranungkite

Artikel Pendek Oleh lutfi

"
1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY ..
Q33 NY ni adalah number pesawat yang
melanggar WTC tu..
3. Tukar saiz font tu kepada saiz 48.


Korang highlightkan Q33 NY tu
kemudian tukar kepada font WINGDINGS.
Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..
sesungguhnye benda ni dah lama wujud
tanpa sesiapa yang menjangkakannya ...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang
melanggar WTC (menara berkembar tu) ..
dah cuba dah memang
betol.............
SUBHANALLAH......
Cubalah...dan sebarkan.

Aku mulanya macam tak percaya..tapi setelah mencubanya..
MEMANG BENAR SEKALI