Thursday, September 15, 2011

sajak buat saudaraku daeng ramliakil

SIAPA KITA DAENG?

siapa mahu dengar kamu daeng:
mereka adalah pagar makan padi
mereka juga menggunting dalam lipatan
mereka menterbalikkan tempayan terdengar guruh di langit
mereka cakap berdegar-degar ekor ada najis tahi
" biarkan-biarkan si luncai terjun"
" andih, anak orang lain mati juga "
" kau tahu ayam kadok pasti juara "
" lebai tidak retorik mudik kenduri "

masuk kandang kambing, merekalah mengebek
masuk kandang lembu, kandang kerbau,
merekalah mengebah didahulukan, menguek diutamaka
h

tunjukkan telunjuk ke langit tanda mercu satu!
jari itu akan mencucuk mata,
meludah ke langit, ludah akan balik ke muka
mulut sakit, bukan cili termakan terus kata pedas
mereka terkena getah, menafikan makan nangka
gajah meta mengamuk depan mata, lalu membuta
tanpa teropong pun, kuman seberang lautan terlihat nyata

seekor membawa lumpur, yang lain sengaja mahu terpalit
sepuluh jong masuk dewan, anjing-anjing maka bercawat
sayangkan anak dera-derakan, sayang bini nyoping-nyopingkan
kera di hutan simpan disusui, bayi di pangkuan tong-sampahkan

engkau siapa daeng, kita adalah bukan siapa-siapa
buruk kepala di rumah tangga sendiri kitalah
enau dalam belukar berebut meninggi pucuk kitakah
daging busuk yang dikincah dimakan jua kitalah
tersorong pipi kerana hidung tidak mancung kitakah
tumbuh tidak melata tidak sungguh orang tidak kata;
di tempat tiada helang, kitakah belalang mengaku helang

sudahkah puas bertanam padi, kini rajin bertanam lalang
sudahkah puas mengguna budi, nafsu jua diturut orang
alang-alang menyeluk pekasam, biar berbau ke pangkal lengan
alang-alang mandi biar basah, kalau berminyak biar licin

kita jadi fobia daeng, hingga pucat akibat kurang iman:
menarik benang dalam tepung, benang tidak putus
tepung tidak rosak. biarlah lambat asal selamat
padahal di sana ada bicara: ' siapa cepat dia dapat'
tepuk dada tanya iman, ikut rasa binasa ikut hati, mati
ikut nafsu lesu. carik bulu ayam lelama bertangkup jua.

kitakah OKT yang jadi OKU di kandang mahkamah
hakimnya beruk bersaksi ke lutut. sanggup membuka pekung
atau merukuk ikut imam yang terkentut malah terkincit.
ada mata pandang, ada telinga dengar; namun cakap kita
siang pandang-pandang. cakap malam dengar-dengar
hingga kita juling dan kelabu mata atau tuli dipekak telinga.

7 September 2011

Wednesday, September 14, 2011

sajak abdulhadi muhamad

Sajak Tarikh Merdeka

Sebagaimana aku tidak tahu tarikh lahir lupa pembesaran
yang mana satu tarikh merdeka tanah airku dan terbahagi peta
sebagaimana aku sering nyanyi lagu negaraku di perhimpunan pagi
yang mana satu momula moon, terang bulan atau irama lebih asli
sebagaimana kukibarkan jalur gemilang setiap menyambut hari merdeka
yang mana satu union jack atau bendera amerika
sebagaimana aku belajar sejarah srp hingga universiti
yang mana satu benar penjajahan negara atau dijajah teori
sebagaimana pernah ku guna ringgit dan syiling george dan elizabeth
yang mana satu penakluk politik dan perampas kekayaan bumi
sebagaimana diberitahu professor zk negara dijajah tidak sekali
yang mana satu residen, govenor dan pegawai inggeris memugar negeri
sebagaimana dituduh anak-negeri penderhaka kepada penjajah barat
yang mana satu benar pahlawan tanah air dan pejuang negara
sebagaimana sia-sianya menyambut MERDEKA di padang pahlawan,dataran merdeka, stadium merdeka hingga kini lebih setengah abad
yang mana satu pengacau: pihak komunis, pemimimpin berkepentingan, pejuang-pejuang marhein, ulama watan atau professor bercermin mata hitam
sebagaimana selalu para pemimpin dan rakyat beraya merdeka meriahkan negara
yang mana satu perdana menteri tiba-tiba meninggalkan negara melawat luar negeri
sebagaimana almarhum sudirman menyanyi tanggal 31 ogosnya
yang mana satu teori logika atau teknikalnya Malaysia tidak dijajah siapa-siapa
sebagaimana di negara lain para pemimpin hipokrit mahu mengekal kuasa
yang mana satu lama kekal melainkan jatuh mengeletak dilupa jasanya.

Tapanji

sejarah kemerdekaan merdeka, tunku abdul rahman
31-8-1957, Tunku Abdul Rahman announced independence of Malaya from British at the Stadium Merdeka
.

Tuesday, September 13, 2011

LAU KANA BAINANA



"Ya habibi ya muhammad
wahai perawat hatiku
wahai yang dipuji dipuja
dirimu memiliki kelebihan yang diakui
oleh tuhan yang turut berselawat ke atasmu "

sajak simpulan 3

SIMPULAN 3

bukti sudah cukup

kes memecah ruang lingkup

pendakwa mengatur ribut

letupan menggegar rimba

padang jarak padang tekukur

badan berkecai sukar berkubur



madah berhelah di mahkamah

terang lagi bersuluh, sehelai

daun tersorokkah bangkai gajah



pembela meneliti hujah

korban dizalimi gerah

kambing hitam didapati bersalah.

Feb 2011.

sajak

SIMPULAN 2

itu musuh

masih berselimut

menggunting lipatan

mimpi,

duri menyucuk

dalam daging, pedih.

engkau bermuka dua

bagai gergaji disorong

makan, ditarik makan.

sejak alah bertegang leher

engkau hanya tahu membaling

tetapi menyorok tangan di belakang.

20 Januari 11

talam


sajak pagar

SIMPULAN

harapkan pagar

tiang sudah reput

duri kian berkarat

padi tidak ditanam

beras dari seberang

taliair kontang,

lelah petani

dimakan mardi.

10 januari 11

s:

.

Sunday, September 11, 2011

IKLAN RAMADHAN DI SINGAPURA vs 1MALAYSIA



Iklan di TV Singapura:

Keroncong : Makan...makan...makan. Tak tamadun, kebudak-budakan dan nampak bodoh.

Saturday, September 10, 2011

EXERCISE Sekejap.

||EXERCISE ||::


MySpace

stress??? atau
keletihan dalam study & kerja?? tips exercise yang cuba menghilangkan lenguh-lenguh badan.
MySpace

starting exercise supaya
tidak mengalami cramp.
tariiiiikkk ... hembuuuuuss... buat dalam 7 kali

MySpace

goyang-goyang kan badan
dalam kiraan 1-10

MySpace

teruskan
exercise dengan cara ini...

MySpace

ups... jangan sampai tersadong atau tak boleh bangun..

MySpace

berlari lari anak..dalam
keadaan berlari setempat

MySpace

berjalan ala ala begini...

MySpace

hayya...hayya...

MySpace

huk..hukk... wacaaaaa...

MySpace

cubet-cubet
pipi...

MySpace

jerit la ape nak jerit tapi
jgn sampai menganggu kawan yang lain

-
--
-
akhir sekali kalau masih ngantuk gak, pegi la tido kejap...kesian mata tu
tak cukup rehat

MySpace