Wednesday, September 14, 2011

sajak abdulhadi muhamad

Sajak Tarikh Merdeka

Sebagaimana aku tidak tahu tarikh lahir lupa pembesaran
yang mana satu tarikh merdeka tanah airku dan terbahagi peta
sebagaimana aku sering nyanyi lagu negaraku di perhimpunan pagi
yang mana satu momula moon, terang bulan atau irama lebih asli
sebagaimana kukibarkan jalur gemilang setiap menyambut hari merdeka
yang mana satu union jack atau bendera amerika
sebagaimana aku belajar sejarah srp hingga universiti
yang mana satu benar penjajahan negara atau dijajah teori
sebagaimana pernah ku guna ringgit dan syiling george dan elizabeth
yang mana satu penakluk politik dan perampas kekayaan bumi
sebagaimana diberitahu professor zk negara dijajah tidak sekali
yang mana satu residen, govenor dan pegawai inggeris memugar negeri
sebagaimana dituduh anak-negeri penderhaka kepada penjajah barat
yang mana satu benar pahlawan tanah air dan pejuang negara
sebagaimana sia-sianya menyambut MERDEKA di padang pahlawan,dataran merdeka, stadium merdeka hingga kini lebih setengah abad
yang mana satu pengacau: pihak komunis, pemimimpin berkepentingan, pejuang-pejuang marhein, ulama watan atau professor bercermin mata hitam
sebagaimana selalu para pemimpin dan rakyat beraya merdeka meriahkan negara
yang mana satu perdana menteri tiba-tiba meninggalkan negara melawat luar negeri
sebagaimana almarhum sudirman menyanyi tanggal 31 ogosnya
yang mana satu teori logika atau teknikalnya Malaysia tidak dijajah siapa-siapa
sebagaimana di negara lain para pemimpin hipokrit mahu mengekal kuasa
yang mana satu lama kekal melainkan jatuh mengeletak dilupa jasanya.

Tapanji

sejarah kemerdekaan merdeka, tunku abdul rahman
31-8-1957, Tunku Abdul Rahman announced independence of Malaya from British at the Stadium Merdeka
.

2 comments:

  1. Oh Paramiswara di mana baginda
    Hadir sedetik untuk berdekad merdeka
    Hamba gemar ingin bertanya akan sejarah
    Yang dini di Melaya ia melakar penjajah
    Di tengah bangsa ia berputar siasah
    Di atas bacaan ia berlukar berjalar resah.

    16 September 2011

    ReplyDelete
  2. Salam buat Fazwan. terima kasih kerana sudi menjengah...blog yg sangat jarang aktifnya. Kesudian meneliti sajak-sajak saya di sini dengan kesedaran bahawa sajak hanyalah bingisan untuk dikoleksikan sendiri. Dunia kini kurang menerima sajak-sajak melainkan oleh beberapa individu yang mahu bijak.

    ReplyDelete