Wednesday, April 23, 2014

Tun Mahathir harus BERTAUBAT!!!


Tidak Perlu Berterima Kasih Kepada Nabi Muhammad s.a.w, Tidak Perlulah Kita Mengagung - Agungkan Nabi Muhammad - Tun Dr Mahathir
Sunday, March 04, 2012 Posted by Roslan Alan

Petikan ucapan Mahathir sewaktu Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur pada Tarikh 11-05-2000.

"Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung- agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala sahaja."

Lagi kenyataan menghina Islam serta Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW oleh Tun Dr Mahathir. Jika sebelum terlalu banyak ucapan kontarversi beliau yang jelas menghhina dan memperlekehkan hukum Islam. Malah yang terbaru kenyataan beliau yang mengatakan bahawa
Hudud Tiada Dalam Al Quran jelas menunjukan bahawa beliau sebenarnya sesat dan jahil.

Malah sebelum ini  Mahathir pernah mempersenda dan menghina Sunnah Nabi berjanggut:

"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?  Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa)."

"Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir". - Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
Apakah masih ada umat Islam yang masih menyanjungi orang yang telah menghina kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w?


http://www.youtube.com/watch?v=d1xipvOtXWA