Friday, July 31, 2009

Kematian Yasmin Masih Membawa Kontroversi?



Pengarah Filem Yasmin Ahmad telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Beliau dibawa ke pusat rawatan setelah kolap di kamar mesyuarat sedang membentang kertaskerja hal-hal perfileman. Rawatan segera hinggalah pembedahan otak dijalankan namun beliau gagal diselamatkan. Jenazahnya disemadikan di perkuburan Islam Subang Jaya.

Desas-desus yang mengatakan pengarah filem Mukhsin, Sepet, Gubra, Rabun, Muallaf, dan Talentime; Yasmin Ahmad ini merupakan seorang lelaki sebelum ini. Kabarnya dia dilahirkan sebagai seorang khunsa (mempunyai dua jantina) diberi nama Zulkifli Ahmad. Namun kerana naturenya lebih kepada seorang perempuan, akhirnya dia telah memilih menjadi seorang wanita...Yasmin Ahmad. Benarkah? Aktivis masyarakat Datuk Marina Mahathir mengecam hebat akhbar Kosmo! kerena membuat pendedahan berani tentang pengarah terkenal dan kontroversi itu. (baca di sini..)(di sini..)dan (di sini..) Sedangkan Yasmin telah mengharumkan nama negara di samping menyemarakkan konsep 1Malaysia!

Kabarnya sosok yang namanya Zulkifli Ahmad itu, pernah bermain bola posisi penyerang mewakili negeri Melaka sewaktu zaman persekolahan (tentu bersifat kelakian) dan merangkul Naib Juara Bintang RTM 1975. Ertinya beliau adalah penyanyi @ biduan bukan biduanita! Mengapa mewakili Melaka bukan Johor, negeri kelahirannya?

Walau apa pun, pengarah Yasmin Ahmad itu telah meninggal dunia. Dia meninggalkan buah tangan yang popular dan kontroversi bagi masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Keceluparan tema, persoalan, watak dan perwatakannya mencabar minda orang-orang yang beriman atau penganut setia akidah /syariat Islam.

Benarkah dia meninggalkan kesan baik buat 1Malaysia yang dilaung-laungkan orde baru negara kita atau menyukarkan solat jenazah ke atasnya? Selaku mayat lelaki atau mayat perempuan ada perbezaannya bermula mandi jenazah, kafan, solat jenazah dan pengkebumian; bagaimana keraguan itu telah diatasi? Setakat ini...wallahu a'lam.

Friday, July 24, 2009

KUSUF/ GERHANA MATAHARI: Islam Mensyariatkan Solat Sunat.

SUBHAANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAHU AKBAR
Gerhana penuh matahari paling lama berlaku antara 8.40-9.30 pagi apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan sebahagian matahari terlindung. Atas kiri: Gambar Utusan dirakam di Menara Alor Setar. Atas kanan: Varanasi, India (AP). Bawah: Hyderabad, Pakistan (AP).

Tuesday, July 21, 2009

RUDI MAHMOOD: Penyair Yang Lama Menghilang.


Kemarin, selasa 21.7.2009 aku di dalam kereta menunggu isteri bertemu doktor di klinik fisioterapi USM, sempat menekan nombor fontangan dan cuba hubungi sahabat lama, penyair Rudi Mahmood. Kali ini aku bernasib baik, alhamdulillah. Kedengaran sdr Rudi berhello di sana. Dia terkejut mendengar suaraku, suaranya pula tetap tidak berubah dan kamipun saling bertanya kabar.

Dia banyak bertanya tentang kesihatanku. Aku bertanya tentang diri, keluarga dan anak-anaknya. Punya 3 anak dan seorang bernama Ahmad Mustaqim sedang berkuliah tahun 2 di UPSI Tanjung Malim; Rudi juga lama di Perak, katanya 'cari makan' / kerja. Kami berjanji akan bertemu semula di Kubang Kerian nanti bagi menghubung silaturrahim yang sekian tahun terputus kabar.Insya Allah.

Aku tahu penyajak Rudi Mahmood punya bakat besar dalam bidang penulisan. Beliau pernah menerima Hadiah Sastera Malaysia dalam bidang puisi. Dahulu beliau berkerja agak lama dengan Creative Enterprise (di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur) yang menerbitkan majalah humor pertama dan tersohor 'Gila-Gila' dan majalah grafik yang sangat menarik 'Fantasi'...memuatkan lukisan /grafik cantik, karya seni yang memang fantastik.

"Fantasi" ialah sebuah Majalah Grafik Malaysia yang pertama dan terakhir. Ia diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd dalam tahun 1980an. Ketua Pengarangnya ialah Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun). Majalah ini selain daripada menerbitkan komik dan sketsa, juga menerbitkan rencana, cerpen dan puisi. Di antara penyair yang pernah mengisikan ruang puisinya ialah Puzi Hadi, A. Ghafar Ibrahim, Wan A Rafar, Wadi Leta S.A., T. Alias Taib, Moechtar Awang, AbdulHadi Muhamad, Sabri Hadi dan Rudi Mahmood yang juga menjadi salah seorang staf redaksinya.

Puisi yang diterbitkan biasanya dihiasi dengan ilustrasi berwarna yang menarik. Salah sebuah sajak saya 'SAJAK BUKIT POHON' diterbitkan dalam "Fantasi" keluaran Disember 1986. Majalah ini dijual dengan harga RM3.00.

SAJAK BUKIT POHON

Selalunya di hujung musim begini Tuhan

mengirimi kita hujan-Nya yang lebat-lebat. Laut-Nya

bergelora sungguh maka kita dikepung bagai perahu

terungkai sauh

Beberapa kelmarin ada empat belas jenazah sempat

kita kirim kepada-Nya - kaki kita dan mata basah

mengusung hiba dan bukit pohon perlahan

menggugur

ke dasar ingatan mimpi sang layang-layang

Ladang-ladang tebu kita tenggelam manisnya

tilam-tilam kekabu kita hilang nyenyaknya. Laut

dan paya berkongsi di sini dan kita serangga

di permukaannya -

lemas yang bernafas

rimas tak lepas-lepas.

Jertih

Majalah Fantasi, Dis 1986,.


Sunday, July 19, 2009

SAHABAT DATANG 5: Leo AWS Dan Keluarga.


Isnin 13.7.2009 aku terima sms dari Leo AWS " Salam afiat tuan penyair. insya Allah ana akan ziarah tuan esok sempena tok guru beri cuti. TK." Hari mengundi PRK Manek Urai jadi cuti am negeri Kelantan.
Si penyair yang dah agak lama tidak kuhubungi itu benar datang ke rumahku. Berziarah. Tiba bersama isterinya Azizah dan anak-anak (beruntungnya Azizah nama yang acapkali dicatat dalam sajak Leo AWS sang suami Azizah). Datang sahabat penyair, boleh menyemarakkan semangat untuk menulis/berkarya lagi. Perbualan kami...biasanya sdr Leo bawa banyak kisah seputar bidang sajak, sastera, hal ehwal rakan penulis dan karya.
Cikgu Ab Waled Semail @ Leo AWS, penyair yang sangat prolifik. Sama bergiat denganku sejak 70an di universiti. Tapi dia di UM aku UKM. Bertugas beberapa tahun di Debak, Sarawak. Cerita-ceriti pengalaman di Sarawak memberi ruang ke kita semacam ikut berada di negeri kenyalang itu. Leo kini punya 18 buah buku kumpulan sajak solo; 17 buah yang diterbitkan sendiri di Pustaka Dewan Puisi (PDP) milik beliau sendiri dan sebuah diterbitkan DBP, Kuala Lumpur.
Hampir sejam dirumahku, Leo dan keluarganya meninggalkan pamit untuk melaksanakan kesibukan-kesibukan rutin selaku bapa dan kepala keluarga... ziarah anaknya pula di asrama sekolah. Terima kasih sudi datang.




Kalaulah foto Monalisa buah tangan Leonardo da Vinci dapat ditatap kembali oleh tuannya, nescaya Leonardo naik heran dan takut. Dari paras wanita manis (?) bertukar menjadi rupa crook habis sudah tentu mengecewakannya, akan jatuh harga dan akan dimusnahkan! Kita kagum dengan hasil tangan Leonardo, namun dia akan lebih kagum dengan penangan komputer di zaman ini!

Sunday, July 12, 2009

See the World's Top 100 Wonders before you die

Learn my candid tips & insights - Click links

1

Pyramids of Egypt

26

Chichen Itza

51

Kashmir Valley

76

Topkapi Palace

2

Great Wall of China

27

Petra

52

Prague Old Town

77

Carnival in Rio

3

Taj Mahal

28

Nile River Cruise

53

Golden Temple

78

Stonehenge

4

Serengeti Migration

29

Easter Island

54

Amalfi Drive

79

Angel Falls

5

Galapagos Islands

30

Cappadocia

55

Meenakshi

80

Yellowstone NP

6

Grand Canyon

31

Colosseum of Rome

56

Chartres Cathedral

81

Santorini

7

Machu Picchu

32

Fjords of Norway

57

Mezquita Cordoba

82

Petronas Towers

8

Antarctica Cruise

33

St Peter's Basilica

58

Damascus Old City

83

Matterhorn

9

Iguazu Falls

34

Egyptian Museum

59

Dubrovnik

84

New York Skyline

10

Bali

35

Borobudur

60

Uffizi Gallery

85

Marrakesh

11

Amazon Rain Forest

36

Valley of the Kings

61

Rio Panoramic View

86

Eiffel Tower

12

Ngorongoro Crater

37

Hong Kong

62

Golden Pavilion

87

Ladakh

13

Great Barrier Reef

38

Sistine Chapel

63

Delphi

88

Niagara Falls

14

Angkor Wat

39

Alhambra

64

St. Basils Cathedral

89

British Museum

15

Victoria Falls

40

Louvre Museum

65

Abu Simbel

90

Burj al Arab

16

Forbidden City

41

Canals of Venice

66

St Mark's Basilica

91

Yangtze Riv. Cruise

17

Bagan

42

Versailles

67

Florence Cityscape

92

Yosemeti NP

18

Karnak

43

Carlsbad Caverns

68

Kremlin

93

Ayers Rock

19

Teotihuacan

44

Mecca

69

Varanasi/Ganges

94

Hermitage Museum

20

Banaue Rice Terr.

45

Kathmandu Valley

70

Li River Cruise

95

Chambord Chateau

21

Bora Bora

46

Metropolitan Mus

71

Shwedagon Stupa

96

Lijiang/Shangri La

22

Acropolis

47

Mt Everest

72

Sahara Desert

97

Neuschwanstein

23

Potala Palace

48

Temple Em. Buddha

73

Leaning Tower Pisa

98

Banff NP

24

Jerusalem Old City

49

Hagia Sofia

74

Baalbek

99

San Francisco

25

TerraCotta Warriors

50

Pompeii

75

Mont St Michel

100

Portofino

Thursday, July 9, 2009

Masjid Kerisik Patani Darussalam.

pataniku ditakdir hilang
sebuah negara dilupa orang,
sepi dan tiada seri
sosoknya hanya pada peta lama
surat usang di pinggir sejarah
dalam arkib penjajah


orang pataniku,
rusuh luluh dan tidak dikenali
bangsa namanya dirampas
dipulas budaya dikurung agamanya
yala singgora
patani bangnara
empat wilayah bergolak
kehidupan daerah sini
bergelumang sukar dan payah
gundah memugar menggusar


masjid kerisik, patani darussalam
kini di thailand selatan
*****
tun jana khatib seorang pedagang ulama
dari negeri pasai dibunuh raja melayu temasik
tun jana menyumpahi akan tiba bala di singapura
dilanggar todak yang menyingkat akal raja
memagar betis dan paha jelata
*****
telur itik di singgora
pandan terletak dilangkahi
darah titik di singapura
badannya terlantar di langkawi.
*****
begitu nasib tun jana khatib
dibunuh di temasik tapi dimakamkan di langkawi
*****
masjid kerisik tinggalan belum siap
berkurun diluluh cuaca dan kenangan
gemersik azan sukar diucap
tangisan saudara mengharap belasan.

14 rejab, 1430

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI: Kembali Ke Landasan Asal?

Kembali ke landasan asal? Menonton rancangan 'Tajuk-tajuk akhbar' TV1 RTM 7.20 pagi tadi kita dibingungkan lagi oleh catatan-catatan akhbar arus perdana. Menambah bingung lagi oleh cakap-cakap pengulas rutin ruangan itu atas tajuk "PPSMI: balik ke landasan asal."

Keretapi, LRT dan monorel adalah kenderaan berlandasan tetap. Jika terkeluar landasan ertinya kemalangan besar tetap terjadi. Tergelincir, jatuh, musnah harta benda, kecederaan malah mengorbankan masa serta nyawa pasti terjadi akibat kenderaan demikian terkeluar landasan....

Pada 2012 nanti P&P subjek sains dan matematik akan dijalankan dalam Bahasa Melayu @ bahasa ibunda. Hampir 10 tahun ianya terkeluar dari landasan dan mengalami masalah berat ( walaupun disorok pihak berwajib)....... maknanya selama hampir 10 tahun itu ianya bergerak di luar landasan walaupun dilaung /didesak kembali ke landasan asal oleh 'golongan yang juga berwajib' perjuangkan kebenarannya.

Pihak pro-PPSMI di segenap penjuru usahlah membawa pelbagai dalih hendak pertahankan lagi dengan alasan-alasan 'banyak songeh'... bukan kerana desakan, bukan kerana protes, bukan kerana golongan tertentu dan sebagainya..... dan usahlah beretorik macam-macam lagi. Kewujudan PPSMI memang memberi kesan cukup negatif kepada rakyat dan bahasa Melayu. Mantan PM yang 'menelurkan dan menetaskan' PPSMI itu masih mahu pertahankan barang busuk itu yang diakui punya banyak kelemahan. Kisarlah dengan apa carapun, idea Tun M itu akan menjadi bahan sejarah yang akan dikutuk oleh keturunan kita kemudian nanti.


Mansuhkan PPSMI- Kembalikan Bahasa Ibunda

ppsmi march 070309 crowd.jpgHari ini Rabu 8 Julai 2009. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia TS Muhyiddin Yassin setelah diperkenan oleh Kabinet Malaysia telah mengisytiharkan 'anak bulan' PPSMI tidak akan kelihatan sebelum menjelang tahun 2012 nanti. PPSMI ketika itu genap berusia 10 tahun menjelang akil baligh, Piihan Raya Umum ke 13!
********************************************
Setelah disidangkan, diprotes, diasak dan ditunjuk rasa beramai-ramai, kemuncaknya 7 Mac 2009 para demonstran berarak mengusung 'Keranda 152' dengan penyertaan para pejuang, cendikiawan serta sasterawan negara; para polis pula mengasak dengan asap pedihmata. pak Samad si Sasterawan Negara itu menyebut pihak pentadbir negara hanya 'punya satu telinga tetapi berlidah dua!'
**********************************************************************************
Asakan tidak terhenti setakat itu, malang sungguh Bahasa Melayu. Suara anak-anak kian parau. Pihak berkuasa sukar menghirau. Perarakan tahun ini adalah bagai peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 ( 42 tahun yang silam) bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.

Kali ini mereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen /Istana Negara. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
***********************************************************************************
Mansuhkan PPSMI


Sejak perdana menteri itu
beralih enam tahun lalu
pesakakan masalah baru

Ilmu hisab dan sains
tidak lagi di tulis baca kira
dengan Melayuku
menusuk mata dan telinga
anak-anak meraba,
guru menterjemah makna

Sia-sialah istilah
dibentuk cendikiawan
sia-sialah buku
di pustaka dan pasaran
sia-sialah suara
serak pejuang kebahasaan

Hampir sedekad
diperkata dipertahan,
milik penjajah tetap
menyukar anak sekolah
pemimpin politik penguasa
tetap bias berolah
semacam memilih musnah.

7 mac 2009

anti ppsmi rally 070209 rally banner

BAHASA JIWA BANGSA


Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

Tuesday, July 7, 2009

Sahmad Malaya Meninggal Dunia


Sahmad Malaya (kiri), A.F Yassin dan Dato' Mansor Abdullah. Sahmad dan Mansor adalah bekas orang kuat Dewan Persuratan Melayu Pahang DPMP)

Pahang Hilang Seorang Tokoh Dengan Perginya Saiyed Ahmad
Posted on Tuesday, July 07 @ 01:36:27 PDT by AbuJihad~ TKOnline

Berita Oleh: pendekarlekir

"TEMERLOH, 7 Julai: Pahang hilang seorang tokoh penulis dan aktivis belia terkenal apabila Saiyed Ahmad Saiyed Abdullah atau lebih dikenali dengan Abah, 81 tahun, meninggal dunia hari ini.

Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden MAYC juga dikenali sebagai Sahmad Malaya meninggal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Selain MAYC, Abah juga pernah menjadi Ketua Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP)dan AJK Gapena.

"Beliau adalah seorang guru, penulis dan pemimpin belia," kata anaknya, Syed Putra Saiyed Ahmad, Editor Buku Harakah."

-Inna lillahi wa inna ilahi raaji'uun. AlFatihah buat al-marhum semoga beliau diampuni, dirahmati Allah dan ditempatkan bersama golongan solihiin. amiin. Diucapkan ta'ziah buat keluarga almarhum.


Monday, July 6, 2009

puisi:

Samudera yang tidak pernah terukur

Berapa luas betapa saujananya

Melainkan laut mati di tengah benua


Bahtera Nuhku yang sejahtera

Kota Atlantis entah di dasar mana

Titanic yang ditelannya tersekang

Di rengkung gelombang


Kutatap laut yang jauh

Dari rumah api pantai dasar

Kenangan suara silam daunan ru

Terbenam di mana kubu hasratku


Pantaiku cinta berahi

Sering berubah bila dilanda bah

Tetapi tidak iman kita kepada Allah


Pantai cintaku berahi

Setelah kautemui makrifat Yang Satu

Terus zikirkan Dia jangan jemu-jemu


Pantai cinta berahiku

Nikmat kasih Tuhan tercurah seumur

Walau derhaka manusia melupai-Nya.


30 Rabiul-akhir 1429.