Tuesday, September 28, 2010

Si Sepet, Si Kaki Botol: Rasisnya Orang BTN!



Pihak MCA telah menuduh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara Hamim Husin sebagai rasis dan provokatif. Selaku seorang pegawai kanan kerajaan yang tanggungjawab utamanya untuk memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat tidak wajar bertindak begitu terhadap komuniti minoriti di negara ini.) baca sini....)

Beliau mengeluarkan kata-kata yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina dan India itu pada sesi tertutup bersama Puteri Umno semalam. Antara ucapan beliau ialah: “Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi anacam,” katanya. Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC. “Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu caves dan juga mempunyai satu undi." Hamim dilaporkan berkata.

biro tata negara.
TPM: Benarkah begitu? Betulkah berita itu? Mengapa pulak orang BTN dikatakan rasis dan provokatif?

Pada 2 Februari lalu dilaporkan Datuk Nasir Safar berucap di hadapan pegawai kerajaan, telah mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.

"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujar Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. Beliau menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan. Ucapan Hamim Husin selaku Timbalan Pengaraha BTN semalam menunjukkan wajah sebenar UMNO. (baca lagi....)



Monday, September 27, 2010

Statik Tetapi Bergerak!!!

keajaiban dua bulatan

Tuesday, September 21, 2010

Dua Sajak Lama: Pade-pae Dokssaja.

Twilight at the Potomac oleh Endah Raharjo

DI SINGGAHAN SENJAKALA

bila aku sudah tua dan pikun
hilang kenangan berahi di ranjang
menginsut sejahtera dalam lelap lena

setelah hangat diugah angin bara

kusikat uban bersama kebimbangan
sebuah kufyah lusuh menyejuk kepala
meneduh akalku atau menudung ragu
sedikit dusta tentang hambatan usia

sudah kumiliki sepasang kain putih
bekal membalut tubuh mengikat jasad;
sebuah lukisan hidup pada langsir rumah
tercatat dosa pedih menyembunyi lumrah

sahabatku, alam memperkenalkan kita warna dan cahaya, hukum dan balasannya 'berhambakan diri bagai nampak Dia, memang pastinya Dia melihat kita'aku rela lupakan airmata berguguran

ketika pohonan doa, menjirus bunga di kuburan harap terisi tahunan lagi berbaki (jika ada), yakin diri akan melabuh di ruang senjakala.

kampus salik tapanji,

28 zulkaedah 1430H.




RETORIKA APRIL GILA

(dua mantan pm)

para pemuka para hadirin terharu senyum berhimpun di pentas merai tamat perseteruan, umpama kemenangan besar lama bertempur angin. media perdana berkongsi melonjak padu selepas berpecah menyatu barisan, saf' utuh, usaha murni sebuah organisasi. retak berpecah ke tahap tegar mencalarkan maruah di mata bangsa kembali kini ke ribaan dewan. hilang berjauh dan berkecil hati lima tahun itu. terus terang dia mengecam anasir perosak dengki dan dendam hingga sanggup merasuah menyekatnya, merasuk orang-orang sekitar ruang. dia terus mengecam menyerang. namun pertemuan di pentas lepas, perseteruan itu sudah ketara berdamai sehingga badut-badut bersorak gempita lakonan di pentas tidak menjadi alas. tiba-tiba dia menyerang lagi tanpa maaf. mengulangi kenyataan kroni musuhnya. hadirin lagi tergamam, keterharuan semakin tidak keruan. tindakan badut-badut adalah omongan lakon mengaburi rakyat bermata duka.

1 april 2009

Friday, September 10, 2010

TIDAKKAH DENGAN MENGINGATI ALLAH AKAN MENENANGKAN HATI?

Monday, September 6, 2010

Mari Layan Zikrullah

Zikrullah: La ilaha illah, Muhammad rasulullah. Allah... Allah... Allah....

Hasbi Rabbi Jallallah ma fi qalbi Jallallah.... Allahu...Allahu.... Masya Allah