Saturday, November 5, 2011

sajak abdulhadi muhamad

SAJAK TARIKH MERDEKA

Sebagaimana aku tidak tahu tarikh lahir lupa pembesaran

yang mana satu tarikh merdeka tanah airku dan terbahagi peta

sebagaimana aku sering nyanyi lagu negaraku di perhimpunan pagi

yang mana satu momula moon, terang bulan atau irama lebih asli

sebagaimana kukibarkan jalur gemilang setiap menyambut hari merdeka

yang mana satu union jack atau 52 jalur- bintang amerika

sebagaimana aku belajar sejarah srp hingga universiti

yang mana satu benar penjajahan negara atau dijajah teori

sebagaimana pernah ku guna ringgit dan syiling george dan elizabeth

yang mana satu penakluk politik dan perampas kekayaan bumi

sebagaimana diberitahu professor dijajah tidak sekali

yang mana satu residen, govenor dan pegawai inggeris memugar negeri

sebagaimana dituduh anak-negeri penderhaka kepada penjajah barat

yang mana satu benar pahlawan tanah air dan pejuang negara

sebagaimana sia-sianya menyambut MERDEKA di padang pahlawan,dataran merdeka, stadium

merdeka hingga kini lebih setengah abad

yang mana satu pengacau: pihak komunis, pemimimpin berkepentingan, pejuang-pejuang

marhein, ulama watan atau professor bercermin mata hitam

sebagaimana selalu para pemimpin dan rakyat beraya merdeka meriahkan negara

yang mana satu meninggalkan negara melawat luar negeri

sebagaimana almarhum sudirman menyanyi tanggal 31 ogosnya

yang mana satu teori logika atau teknikalnya Malaysia tidak dijajah siapa-siapa

sebagaimana di negara lain para pemimpin hipokrit mahu mengekal kuasa

yang mana satu lama kekal melainkan jatuh mengeletak dilupa jasanya.

Tapanji.