Saturday, October 29, 2011

PELUKLAH DAKU

Akukah denak yang terkinja

Dan teruja sebagai pelupa

Tidak mengenang untung diri

Di dalam sarang buatan ini

Rabbi, syukur Kau curahkan kurnia

Sujud di birai mimbar, kugarap hajat

Pohonan doa memenuh ruang sukma

Memohon kudrat menghadang maksiat

Meminta rahmat-Mu mudahkan ibadat

Di Raudhah Nabi ini

Fana akuku dalam Azim-Mu

Terpintas sekujur nafas

Terpahat jalur-jalur insaf

Rabbi, peluklah daku

jangan lepas-lepas.

3 Ramadhan 1422..

2.

BERSAJAK DALAM USIA EMAS


aksara tidak lagi
bergetar
banyak yang condong
lelah dan mengah

sehabis menghalau
luntur lama
emasku hilang serinya
tinggal kedut seribu
diulit nestapa.


Tapanji 2011.
Quantcast

Friday, October 21, 2011

URIR CHAR

badai yang dibaling-Nya ke darat itu berpusar

dengang petaka, benua bersembunyi tertulis kini

tintanya hitam mengidam air mata

Tuhan, Kaubangunkan lautan mengkhabarkan

murka apakah

seluruh pekik terbenamdi dasar raung

bumi tiba-tiba berkabung:

ada sentak terakhir di urir char!

ada nafas tergelepar di urir char!

mimpi berlambak pada kabut, gemuruh menyesak

nyawa yang hanyut, tenggelam, reput menghitam

daerah neraka basah ini melemas keluhan

memulas harapan

: hingga ingatan seluruh, mengetuh haluan bahtera

nuh

Air merempuh dari lantai gelora merewat lewat

jendela halilintar mencengkam jeritan;

seekor ular besar menjerut leher urir char

tangan menggapai kaki melonjak nafas erdesak

sang maut menebarkan jala rusuhnya dari

pedalam perutnya; ular besar itu lagi

mengerat lingkar di rusuk urir char.

ABDULHADI MUHAMAD

Mei 85.

-Dewan Sastera, November 1985.

-PERUBAHAN Kumpulan Cerpen/Puisi

Hadiah Sastera Malaysia 84-85, DBP, 88...

..

Thursday, October 20, 2011

RAJA DALAM SAJAK

Ada raja ada rakyat

Adar rakyat mestikah ada raja?

Mustahil Raja tanpa rakyat.

Tidak mustahil rakyat tanpa Raja.

Sekalipun Raja ada daulat

mustahil selama-lamanya Raja berdaulat

jikalau Raja tidak caknakan rakyat

jikalau Raja mewah rakyat merempat

jikalau titah Raja tidak dihormat rakyat

jikalau bitang Raja gugur tidak bertempat

jikalau payung Raja memayungi maksiat.

Ada bangsa ada Raja

Ada raja kerana ada bangsa

Ada bangsa bukan kerana ada Raja

Mustahil Raja menolak bangsa

Tidak mustahil bangsa menolak Raja.

Ada bangsa ada bahasa.

Semua bahasa dilindungi bangsanya,

tetapi tidak demikian bahasa Melayu

walau tiap 31 Ogos merdeka dilaung

nasib bahasa itu hingga saat ini

ibarat keranda hampir diusung.

Hebat Melayu hanya dalam peribahasa.

Raja ibarat api rakyat ibarat puntung.

Mustahil membara api tanpa puntungnya.

Raja itu permata rakyat sebentuk cincin.

Mustahil berkilau permata tanpa cincinnya.

Maka antara mereka

Siapa memerlukan siapa?

NAWAWEE MOHAMMAD

Maktab Perguruan Besut,

Terengganu.

1988..



Friday, October 7, 2011

Sajak Nawawee Mohammad

nota orang bersajak

kabut bukit & wap tasik
seringnya bertemu
mengisi hanya vacuum
di manamanamanamanamana,
- bagai disempadani kali
tak selama mengalir
menghanyut elegi diri
ke muara cinta,
dari lefleksi mentari
bagai apungan teratai
menghias hanya akuariaum
setiap kembangan bunga
semakin tua & berlumut:
ke bumi akar tak sampai
ke langit tangan tak tercapai,
akar atau bungaan
menggantungkan rindunya
biaran & membiru
dalam humanisme sendiri
selamalamalamalamalamalama
duia perkasihan ini.

1973

marah

kencang ribut melanda perasaan
panas api membakar kemanusiaan
garang guruh menggerun pendirian
tajam halilintar memanah pertimbangan
kental angin menggugat akal
gelora ombak mengocak iman

sesekali marah itu
menunduk sabar
melemah lembut
menolak maaf

marah,
mengecil harga peribadi merendah maruah
menyubur hutan takbur meluas laut riak.

1985

~~ Petikan dari NOTA ORANG BERSAJAK (Perkumpulan Penyajak Mutakhir Malaysia, 1987)