Tuesday, November 17, 2015

AKAR UMBI


Akar berselirat
mahu membelit umbi
batang jadi gelisah

Humas yang membajai
pohon kehilangan doa
parau suara angin
mendesah ranting gugur

Sekawan margasatwa
malu hinggap di dahan rapuh
harapan baru merapu rusuh
celika musang berbulu ayam
menuduh buah semua masam

Resah seputar waktu
serak nafas beratur
lembut dan sesekali sesak
tiada apa selain kesal

Berselirat akar
makin sukar menjalar
bayang basah dihalau
haba kemarau.

21 Ogos 2015
Kota Bharu.