Akar
berselirat
mahu
membelit umbi
batang
jadi gelisah
Humas
yang membajai
pohon
kehilangan doa
parau
suara angin
mendesah
ranting gugur
Sekawan
margasatwa
malu
hinggap di dahan rapuh
harapan
baru merapu rusuh
celika
musang berbulu ayam
menuduh
buah semua masam
Resah
seputar waktu
serak
nafas beratur
lembut
dan sesekali sesak
tiada
apa selain kesal
Berselirat
akar
makin
sukar menjalar
bayang
basah dihalau
haba
kemarau.
21
Ogos 2015
Kota
Bharu.
No comments:
Post a Comment