Sunday, August 21, 2011

NOVELIS AZIZI HAJI ABDULLAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.

Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.

Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas. Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.

Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.

Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas. - Bernama!


Bersama Ust. Takiyudin Hamzah. Sama-sama sedang menunggu untuk dibedah.
Azizi Abdullah
ANA: Sangat meminati cerpen-cerpen dan novel-novel Ust Azizi Haji Abdullah. Selaku seorang guru, Ana amat ingat dan terharu dengan kisah 'Beruk' milik seorang murid miskin. Cikgu yang berprasangka terhadap murit tersebut telah diselamatkan oleh muridnya dengan terpaksa membunuh beruknya yang menerkam mahu menggigit cikgunya. Sedangkan beruk itulah sumber dia mwncari rezeki memanjat kelapa. AHA ada Pemenang SEA Award *kategori novel* dari Kerajaan Thailand..Novel SANGEETHA, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka hujung tahun 2005 telah memenangi HADIAH SASTERA ASIA TENGGARA ( Hadiah Sastera Mastera ke 5) dengan hadiah RM10,000, tropi dan sijil.

Azizi juga dalam tahun yang sama memenangi tempat kedua Sayembara Novel 50 tahun Dewan Bahasa dengan hadiah RM40,000 dengan novel bertajuk HARGA SEBUAH MARUAH.
.

No comments:

Post a Comment