Tuesday, December 20, 2016

EXODUS HINGGA SYAWAL


Telingkah senjata campurtangan pelbagai pihak antarabangsa giat berlangsung di Syria @ Syam (kota dagang Muhammad s.a.w kecil musafir niaga) @ ibukota Damsyik, monarki Bani Umayah bermula!

Bertahun rusuh yang tumbuh bercabang sejak protes kebangkitan Arab duapuluh sebelas, lebat asap ke angkasa; punca tempik dan protes bejat Bashar putera Hafiz al-Assad di istana: sang penguasa mesti undur.  
    
Suhu memanas nafsu perang; pemerintah longgarkan perikatan dan lima kelompok thurah Arab. Tiba-tiba menyambut bantuan tunjuk ajar, hulur kos dari wira asing menempah aneka arah labelan kuasa perang proksi negara besar atas angin.

Regim tadbir merubah dan majukan ekonomi. Reformasi hangat diperburuk situasi jurang rezeki, kemelesetan serta kemiskinan; rakyat ikut terpinga membaling cangkuk tanda soal.

Maka galak cendawan beracun untuk Assad dan regim. subur pembantaian, kezaliman dan berdarah. Mereka melalok memangsakan awam beriman. Berlaku exodus langkaui sempadan darat bumi kaum kuffar Eropah, lalui Mediteranean dan nyawa kian berat terancam.

Februari 2016               ABDULHADI MUHAMAD


No comments:

Post a Comment