Tuesday, September 15, 2009

Tengahari Rabu 26 Ramadhan: Email Buat Nazmi




abang dalam foto tu masih memakai tracheostormy kat bawah leher. itu alat bantuan pernafasan untuk guna 'mesin bantu' dulunya. kini dah off mesin tu alhamdulillah sejak dua minggu sebelum ramadhan tahun lalu. dr kata corong bantu pernafasan kat bawah leher tu permanent... takleh cabut lagi..bimbang kot jadi sukar bernafas semula. tak apalah syukur abang masih diberiNya hidup dan boleh berhubung semula dgn keluarga dan orang-orang lain.

abang dibawa emergency ke icu pada 15 sept 2007 keluar/discaj dari wad teratai HRPZ2 kota bharu pada 7 mac 2008. sehari sebelum PRU12 yang bersejarah tu. semalam 15 sept 2009 genap dua tahunlah abang diduga Allah dgn pengalaman tenat ni; mulanya disuspek pihak dr sebagai 'myasthenia gravis'; setelah ujikaji dan kurang seminggu enam bulan menginap di wad HRPZ2 kota bharu, tisu daging otot abang diambil untuk kajian di HKL, namun kemudiannya dibawa ke jepun dan taiwan, mereka buat result baru abang menanggung 'pompe disease' berkaitan keturunan! abang ingat dan selidik, takdak pula keturunan abang begini wallahu a'lam.

setahun lebih dah berada di rumah. beberapa bulan di rumah abang perlu ambil diet yang terhad serta bergerak lemah dan slow. selain ziarah dari sanak saudara dan rakan-rakan penulis, abang menulis sajak-sajak kembali. abang menjadi karib komputer dan internet.. berblog di http://tamupulaumelaka.blogspot.com,http://keroncongdariana.blogspot.com satu lagi di http://abdulhadi035333.multiply.com dan facebook. semua tu buat mengisi masa luang. abang masih dalam cuti kerja, belum bersara. tapi dah hantar borang nak pencen. kini boleh dah pandu kereta pagi ke gerai beli nasi berlauk, ke masjid dan memenuhi keperluan berdekatan.

dibantu sdr cikgu leo aws, abang menerbitkan kumpulan Negeri Di Bawah Bulan. seadanya. di situ ada sajak-sajak lama dan baru. ada cadangan jugak nak terbitkan sebuah kumpulan lagi...dah hantar pun ke dbp timur. kata pihaknya, akan ke dbp kl untuk pernilaian pihak sana. lagu mana cerita, Allah maha mengetahui.

kalu nak pilih foto abang untuk siaran nazmi tu, boleh sangat kalau pilih foto yang tak nampak alat kat bawah leher tu. nanti kalau ada gitu, apa pulak kata orang... heran dan luarbiasa. sedang abang orang biasa jaa cuma memiliki minat bersajak di samping tebukan di bawah leher gitu... salam hormat.

1 comment:

  1. tq kerana lawat bolg DarAfif. Dah puluhan tahun tak jumpa. Sabarlah atas dugaan. Terima kasih atas pembetulan fakta. Dah lama, banyak yg lupa. Saya kini di Kajang. Dh pencen dari UPM 1994. Sejak itu mandiri. Satu hal yg tak tinggal sampai sekarang - membaca dan menulis. Belasan naskah buku dh siap tapi belum diterbitkan lagi. Tumpuan sekarang bidang terapi alternatif dan biotek. Salam idulfitri untuk keluarga semua. Wassalam. Afifi : Zidniiman.blogspot.com

    ReplyDelete