Membenih dari titih pesaka
Temurun menyambung zuriat
Adam buangan dari syurga,
Sulur akarnya merata bumi
Punya umbi punya jalar
Dibajai diairi subur
Mengisi hayat
Hingga kubur
Penamat.
Akar
Banirnya
Mengukuh
Perdu batang
Hingga berdosa
Sebelum dewasa
Banyak lagha dan khilaf
Segak berdahan beranting
Sombong lupakan kejadian
lalu
Dhaif di kehinaan jasad
serta budi.
Mahunya di perjalanan
singkat ini
Daun-daun kelabu yang
luruh itu
Buahannya berputik,
meranum
Dan kuntum bunga mewangi
Menggenap sosok pohon
Menerus hidup kurnia
Dihinggap lagi dosa
Parasit sang nafsu.
Diri mahu pulang
Kembali balik
Ke Allah Satu.
Keampunan
Kupohon
Ya Rabbi,
Amiin.
27 Rabiul-awal 32
No comments:
Post a Comment