MALAM TAK TERAGAK
Antara beribu
malam memilihmu
bermain di pentas gatiku.
Tanpa lampu warna
tanpa hiasan latar
engkau ambil sudut mempesona.
Hanya engkau pelakon
hanya aku penonton
jangan khianati janji.
Antara beribu
malam mengundangku
menilai lakonanmu.
Jika angkaku tersalah titik
jika langkahmu tersalah tapak
malam tak teragak.
HARON A.H.
Kota Bharu.
KEKASIH
Telah kutukarkan kedukaan malammu
yang terhimpun dari kelukaan siang
biar menjadi bulan keriangan
pendorong langkah ke hadapan.
Telah kutukarkan kecaian kelmarinmu
dari setiap leburan silam
biar menjadi bintang kemerlapan
pedoman arah kehidupan.
Telah kutukarkan gelombang lautanmu
pada setiap gangguan taufan
biar menjadi pulau keyakinan
penambat diri dalam keimanan.
Kekasih
sebelum mimpi bertukar realiti
kita seharusnya sudah lama
terbangun daripada lena.
HARON A.H.,
Kota Bharu.
Telah kutukarkan kedukaan malammu
yang terhimpun dari kelukaan siang
biar menjadi bulan keriangan
pendorong langkah ke hadapan.
Telah kutukarkan kecaian kelmarinmu
dari setiap leburan silam
biar menjadi bintang kemerlapan
pedoman arah kehidupan.
Telah kutukarkan gelombang lautanmu
pada setiap gangguan taufan
biar menjadi pulau keyakinan
penambat diri dalam keimanan.
Kekasih
sebelum mimpi bertukar realiti
kita seharusnya sudah lama
terbangun daripada lena.
HARON A.H.,
Kota Bharu.
MALAM KELAPARAN
Malam kelaparan
sehabis sumber kegelapan.
Malam kelaparan
setelah rimba tertawan.
Malam kelaparan
sejak kita berjauhan.
HARON A.H.
Kota Bharu.
Malam kelaparan
sehabis sumber kegelapan.
Malam kelaparan
setelah rimba tertawan.
Malam kelaparan
sejak kita berjauhan.
HARON A.H.
Kota Bharu.
BAYI 31 OGOS
Di ufuk timur malam ini bintang ummi menyinar
sempena datang seorang lelaki
bersama pedang milik pahlawan silam
kau bagai berkuda membukti ketangkasan
tanganmu keimanan kakimu keperkasaan
langit garing yang menguji ketahananmu
tunduk menetes embun kedamaian
menjadikan jiwa ummi semerbak harum
mengirim nasibmu ke hari hadapan.
Kau pantas mendekat impian ummi
setelah menyembuhkan musim kelukaannya
tidak peduli bilur-bilur kepedihan
kau siramlah dan pupuklah kebun kehidupan
menghijaukan ketandusan berlarutan
meranumkan putik-putik tertangguh
menyuburkan seluruh ladang milik keluarga
mendekatkan lagi dirimu
pada puncak kebenaran
menjadi telaga ummi bening kedinginan.
Hari ini adalah perjalanan singkat
mencari gedung khazanah di tengah benua baru
awas jalan lurus dan lebar ini
mungkin berliku dan curam di hadapan
menganggu kakimu bermain gelanggang
tanpa kesempurnaan ilmu hulubalang
meskipun atas hamparan waktu
tidak henti doa tulus iringan air mata ummi:
Tuhan, restuilah
perjalanan pahlawan kami.
HARON A.H.
Kota Bharu.
Biodata HARON A.H.
Pada tahun 1995, 1996, 1997 dan 1998 beliau memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank. Sajaknya“Rumah Baru” turut termuat dalam antologi Anak Bumi Tercinta iaitu buku teks Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu untuk pelajar PMR.
Haron A.H kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat pendidikan awal di SRK Gunung dan National Type English School, Bachok, Kelantan; sebelum mengembara tanpa tajaan; terlantar dalam kedaifan, insaf dan bangkit meneruskan pengajiannya di UKM.
Isteri beliau Maimon Ab. Latif juga meminati puisi, dan pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank tahun 1992 dengan puisinya Pantai Iman. Mempunyai dua puteri dan dua putera.
Haron A.H lebih cenderung sebagai aktivis sastera. Semasa di kampus UKM (1976/80), bersama teman-teman penyair beliau mengasaskan penubuhan Grup Pemuisi UKM dan Haron A.H ialah Setiausaha I bagi penggal 77/78(tahun penubuhan) dan Ketua I bagi penggal 1978/79.
Graduan Ekonomi UKM yang meminati genre puisi ini, pernah mengikuti pengajian formal / kertas elektif penulisan Kreatif (puisi) bimbingan Prof. Dr Muhammad Haji Salleh. Beliau berpegang kemas kepada falasafahnya dalam litar kesusasteraan: iaitu untuk mengimbangi antara pembangunan meterial dan spiritual, “Pembangunan fizikal (khususnya ekonomi dan prasarana) dalam negara yang begitu drastik perlu sentiasa seimbang dengan pembangunan bidang lain termasuk seni kesusasteraan bagi membantu tahap pembangunan negara secara total."
No comments:
Post a Comment