Tuesday, January 30, 2018

Dua Sajak ABDULHADI MUHAMAD Tahun 2011




PINTU SEDIKIT TERBUKA

Pintu sedikit terbuka
tingkap tidak merapat
langsir sesekali berkibas

Mengatur kesan tapak
hari-hari kian menguap
kabur tulisan pada surat

Tanpa acara keramat
ucap perpisahan, atau
tahniah berundur mendekat

Sudahi tugas sekerat
melunas tanggungjawab
akhir menjerih penat

Tanpa restu kesihatan
dia berundur sendirian,
mimpi berserakan di luar 

Tiba-tiba terharu habis,
dia sedar mengenang hayat
akan tertahan di garis penamat.

6 Ogos 2011.
Tapanji.
 













ALANGKAH

Alangkah perkasa langit
kurniakan awan, hujan, deru

Alangkah penyantun laut
mengatur pelangi, alun, bayu

Alangkah Maha Pemurah
menerima taubat, tawakkal
           dan tadahan tanganku

Langit menghulur kaki
mendalil tanpa tara
laut mengindah bumi
membukti saujana.

Tuhan kami,
puja selayak Mulia-Mu
besarnya Kesultanan-Mu.                                         

29 Syawal 1432
Kampus Salik.







No comments:

Post a Comment