Monday, May 24, 2010
Patah Yang Tak Tumbuh, Hilang Yang Tiada Pengganti
Monday, May 3, 2010
Sebuah Puisi ABDULHADI
Monday, March 29, 2010
Gejala Minum Arak / Kencing Syaitan Makin Melanda Masyarakat Kita
Isu remaja Muslim arak semakin hangat diperkatakan...Akhbar,radio dan TV kerap membicarakan isu ini. Banyak komen diberikan agar kerajaan menguatkuasakan undang-undang pencegahan yang lebih ketat. Kita berpendapat, selagi adanya pusat-pusat maksiat, hiburan melampau dan remaja pergaulan bebas bagi muslim atau "orang Melayu" ini dibenarkan ke premis fasiq itu, sudah pasti minuman benda najis itu yang menjadi pilihan.
Sewajibnya, para penjual di pasaraya dan kedai yang menjual arak, hendaklah dilarang menjualnya kepada orang Islam. Namun yang sedihnya, ramai pemilik pusat perjudian dan peniaga minuman dosa besar / arak ini adalah orang Melayu yang sesetengahnya berkepentingan politik. Jadi betapa sukarnya mempertahankan undang-undang jika premis-premis ini terus berkait dengan pengaruh / kuasa politik? Adakah kuasa dan harta lebih penting dari agama dan keruntuhan akhlak masyarakat?
Tayangan video di bawah menyatakan gejala minum arak begitu berleluasa. Gadis-gadis itu nampak selesa dan biasa dengan perbuatan maksiat dan haram itu. Anak siapalah mereka itu? Dari golongan manakah mereka datang; pelajar, pekerja, isteri orang, gro, pelacur atau ???
Sunday, March 28, 2010
BUDAK SEKOLAH BERGADUH
Foto-foto hidup itu menunjukkan kebobrokan yang berlaku dalam dunia persekolahan anak-anak kini.
Friday, February 26, 2010
Lagu Terakhir
Lagu terakhir
dari sosok biolanya
seusai pementasan itu,
dia merajah acara baru
menangisi perpisahan
sahabat sebantal
akan pulang ke daerah asal
Dua lagu yang sempat dinyanyikan
sebak dengan 'selamat tinggal' broery
dan 'keroncong buat ana' m. nasir
penuh penghayatan dan dukacita
tanpa sedari malam menarik senja
Dalam lelah dan sukar
berjalan ke sungai berbatu
dia tergeletak kandas di pinggir muara
luka. menanti. penggesek biola lenguh
Suara
bagai lemas mencungap resah
waktu beredar detik ke detik
lagu dan irama terpisah
lagi menghisab gundah
saat tenar itu, ada nafas
ada debar bergelisah.
15 Februari 2010
Kampus Salik, Tapanji.
Dari Seberang Sungai Sempadan
kami hadiri kenduri di pengkalan kubur. tanah hujung sungai sempadan. tampak bumi takbai selepas kelip-kelip riak air. kekabu putih di sini berguguran. ada angin dan ingin. menggelupur di bawah awan petang.
darah itu masih basah dan selamanya suam.
ceritera pattaniku masih berlegar dalam sejarah dan nafas anak cucu. mereka hanya perlukan doa dari kita, doakan sejahtera.
itu tanah tumpah darah, sebahagian k'ga kita...ada leluhur. ada baruh dan jernih air kubang bemban. tempat jatuh lagi dikenang.
saudara, pernahkah kita bertanya tentang titis darah dan airmata saudara-saudara di seberang. ulamanya lama sepi di beranda bumi bertuah.sebahagian anak pemberani telah syahid selepas lelah. kita menyorot warta terkini lagi gegar letupan di wilayah pemisah.
13 rabiul-awwal 1431, kota bharu.
.
Saturday, February 6, 2010
sajakku
dengan belas kasihan. Sejahtera gerak kita tuntut
paksakan ammarah yang membakar sengketa
jelaganya kalah terbakar di buku filsafat
mahal dan sesat itu!
Kelabu dan debu-debu usah dibiar menyusur,
pelan-pelan pisahkan ke lain dimensi. Di sini baik-baik
kita suburkan syukur bagai diketahui sedikit jua
insan yang menanggalkan takabur
kesempurnaan kamil hanya milikNya
kita mereguk sedikit sehabis itu kita sirna jua.
28 Rejab 1430,
Kampus Salik.
(Tersiar di Berita Harian Sabtu 6 Februari 2010)
