Saturday, July 3, 2010

Angin Dewa Muda oleh Man Irama



Lagu Evergreen
Rasa seria' ddiri bulu roma,
ttijok angin,angin dewa muda,
ssako ayah zuriat bondaaa,
titih yang baik tatkala mula.

Monday, May 24, 2010

Patah Yang Tak Tumbuh, Hilang Yang Tiada Pengganti



Tidak semua yang patah akan tumbuh semula. Walau pun boleh tumbuh baru, ia tidak akan sama dengan yang lama. Begitu juga bila berlaku kehilangan, sukar untuk mendapat semula atau mendapat gantinya. Satu pihak akan kerugian besar bila berlaku 'patah' atau hilang. Namun ada pihak yang akan UNTUNG BESAR bila berlaku kehilangan, namun Prof Dr Saribuuu rugi besar dengan kehilangan anak perempuannya di Malaysia.
Kementerian Pertahanan Malaysia tidakpun rugi besar dengan kehilangan peluru dan C4 mereka. Tapi kementerian tersebut ternyata rugi bila kehilangan enjin jet pejuang dan kehilangan wang berbilion ringgit kerana tersalah beli kapalselam yang tidak pandai menyelam!

Monday, May 3, 2010

Sebuah Puisi ABDULHADI

SELEPAS REHLAH

kelam yang bengap
tidak kelihatan gagak dan helang
tadi bersuara sayup ujung laut

daun-daun hasrat
pohon-pohon doa beratur

menyusuri alun-alun petang
panjang dan mengharap
kau kembali pulang.

10 jun 2009

Tapanji.

1serrano8

Monday, March 29, 2010

Gejala Minum Arak / Kencing Syaitan Makin Melanda Masyarakat Kita


Isu remaja Muslim arak semakin hangat diperkatakan...Akhbar,radio dan TV kerap membicarakan isu ini. Banyak komen diberikan agar kerajaan menguatkuasakan undang-undang pencegahan yang lebih ketat. Kita berpendapat, selagi adanya pusat-pusat maksiat, hiburan melampau dan remaja pergaulan bebas bagi muslim atau "orang Melayu" ini dibenarkan ke premis fasiq itu, sudah pasti minuman benda najis itu yang menjadi pilihan.

Sewajibnya, para penjual di pasaraya dan kedai yang menjual arak, hendaklah dilarang menjualnya kepada orang Islam. Namun yang sedihnya, ramai pemilik pusat perjudian dan peniaga minuman dosa besar / arak ini adalah orang Melayu yang sesetengahnya berkepentingan politik.
Jadi betapa sukarnya mempertahankan undang-undang jika premis-premis ini terus berkait dengan pengaruh / kuasa politik? Adakah kuasa dan harta lebih penting dari agama dan keruntuhan akhlak masyarakat?

Tayangan video di bawah menyatakan gejala minum arak begitu berleluasa. Gadis-gadis itu nampak selesa dan biasa dengan perbuatan maksiat dan haram itu. Anak siapalah mereka itu? Dari golongan manakah mereka datang; pelajar, pekerja, isteri orang, gro, pelacur atau ???


Sunday, March 28, 2010

BUDAK SEKOLAH BERGADUH

Satu fenomena berlaku di kalangan pelajar ialah bergaduh. Mereka sanggup berkelahi di khalayak ramai tanpa malu dan segan. Entah apa yang diperolehi sewaktu belajar akhlak dan moral. Apa yang diajar oleh guru di sekolah berkonsep JERI nampaknya tidak membuahkan hasil yang baik.

Pendidikan Jasmani, Emosi. Rohani dan Intelektual berlangsung dengan tidak seimbang. Bagaiamana perana ibu bapa di rumah? Bagaimana peranan guru di sekolah? Disiplin pelajar-pelajar merosot benar. Di mana silapnya? Adakah fenomena tidak baik ini berlaku akibat sistem pendidikan yang lebih menumpukan kecemerlangan akedamik tanpa menitik beratkan akhlak dan moral diri.

Perkembangan hidup kini lebih mencabar. Anak-anak lelaki kurang berjaya akibat terlalu bebas. Anak-anak lebih ramai berjaya sebab mereka masih terhad pergaulannya. namun jika sudah bebas, akan lebih teruklah suasana dunia pendidikan remaja kita..



Foto-foto hidup itu menunjukkan kebobrokan yang berlaku dalam dunia persekolahan anak-anak kini.

Friday, February 26, 2010

Lagu Terakhir

Lagu terakhir

dari sosok biolanya

seusai pementasan itu,

dia merajah acara baru

menangisi perpisahan

sahabat sebantal

akan pulang ke daerah asal

Dua lagu yang sempat dinyanyikan

sebak dengan 'selamat tinggal' broery

dan 'keroncong buat ana' m. nasir

penuh penghayatan dan dukacita

tanpa sedari malam menarik senja

Dalam lelah dan sukar

berjalan ke sungai berbatu

dia tergeletak kandas di pinggir muara

luka. menanti. penggesek biola lenguh

Suara

bagai lemas mencungap resah

waktu beredar detik ke detik

lagu dan irama terpisah

lagi menghisab gundah

saat tenar itu, ada nafas

ada debar bergelisah.

15 Februari 2010

Kampus Salik, Tapanji.



Dari Seberang Sungai Sempadan

kami hadiri kenduri di pengkalan kubur. tanah hujung sungai sempadan. tampak bumi takbai selepas kelip-kelip riak air. kekabu putih di sini berguguran. ada angin dan ingin. menggelupur di bawah awan petang.

darah itu masih basah dan selamanya suam.
ceritera pattaniku masih berlegar dalam sejarah dan nafas anak cucu. mereka hanya perlukan doa dari kita, doakan sejahtera.

itu tanah tumpah darah, sebahagian k'ga kita...ada leluhur. ada baruh dan jernih air kubang bemban. tempat jatuh lagi dikenang.

saudara, pernahkah kita bertanya tentang titis darah dan airmata saudara-saudara di seberang. ulamanya lama sepi di beranda bumi bertuah.sebahagian anak pemberani telah syahid selepas lelah. kita menyorot warta terkini lagi gegar letupan di wilayah pemisah.

13 rabiul-awwal 1431, kota bharu.

.