Wednesday, April 11, 2012

Gempa Kuat: 8.9 SR Di Acheh: Tsunami datang Lagi???

Ribuan penduduk di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat keluar rumah menyelamatkan diri semalam setelah gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter berlaku di Simeulue, Aceh diikuti beberapa gempa susulan.
Selain penduduk Aceh yang ramai berpindah ke pusat pemindahan, sejumlah penduduk di Balige, daerah Toba Samosir, Sumatera Utara juga bertempiaran keluar rumah apabila merasai gegaran kuat pada kira-kira pukul 5 petang kerana khuatir kejadian itu akan menimbulkan bencana.( baca lagi....)

Namun hingga jam 10.00 malam tadi, tiada berlaku tsunami yang menggerunkan itu. Amaran di beberapa negara telah ditarik baik oleh jabatan yang terlibat. Ancaman tsunami sudah berlalu, kata jabatan itu. Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang tadi berikutan kejadian gempa bumi itu.

Jabatan Mateorologi juga mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi dari kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu berpotensi mengakibatkan tsunami.

.

TPM: GB berskala R 8.9 memang cukup kuat bergegar di Laut Acheh, memeranjat dan menakutkan. Namun maklumat diketahui lebih awal...hasil pengalaman dan persiapan. Alhamdulillah hingga tengah malam tadi belum ada berita bahaya besar akibat berlakunya tsunami. Beberapa negara termasuk M'sia telah menarik balik amaran dari lebih dahsyatnya tsunami.
Hindari maksiat, Selalu bertaubat, Sentiasa waspada / tanpa mudah panik DAN Selalu ingat Allah; insya Allah akan membantu kita 'dalam menghadapi' apa jua mala petaka dan kemalangan.

Saturday, April 7, 2012

sebuah sajak abdulhadi muhamad

MELIHAT HUJAN PETANG

Gobar yang berpokok di bumbung

Langit, perlahan-lahan menukar iklim

Tiada guruh mengungsi jodoh

Tiada ucap doa baru

Tiada keanehan baru

Hanya desakan rindu

Kelakuan hujan

bagai selamanya

Lebat gugur merata

Menimpa atau tidak

Menghanyut atau tidak

Menyubur atau tidak

Adalah air menghalau

Kemarau setahun

Hujan petang tadi

Rupanya langit

Memesrai bumi.

5 Dis 2009

Wednesday, March 7, 2012

sebuah sajak abdulhadi muhamad


KAPAS AIR


Sesekali menggelepar gejolak
sesekali mendampar desak
pasir tetap kelabu,

tiada yang kaumahukan itu.

Langit luas
samudera saujana
buih berpulas
engkau bulan, hilang di mana

Laut bayang
lazuardi meruang
kabus berpintal
engkau lumut, serabut di mana

Garis kaki langit memisah awan
nelayan lebih tabah dari layang-layang
tujuh lapis ombak menyahabati senja
akankah tiba rawan dan kelam
akankah berakhir iri dan dendam

Selain kata-kata yang terpilih
membina bangun puisi
adalah bait-bait lirih
dari kebeningan nada
selepas kecelaruan jiwa.

Jan 19, 2011