Thursday, January 22, 2009

mengenderai baligh


sedari mengenderai baligh di lebuh hayat. mahu dia mengenali Diri yang lebih akrab dari urat leher itu. melunas enam beban jiwa, menunai lima tanggungan raga. sambil mengangatiNya di setiap kelip dan nafas. kau sering terbabas melanjur khilaf terkadang tertinggal di belakang saf pertama. saf laksana susunan warna pelangi. melingkung cebis tumit langit. setiap jalur punya indah sendiri, namun kita lupa menghisab jumlahnya. berapa.

ataupun kau yang mengatur syak ragu. sama ada selamanya tercipta soalan-soalan. tanpa jawapan terlintas di ingatan. atau bayangkan di bawah terang. kita kehilangan bayang digebar kelam. kelkatu siap menanggal sayap. bersepahan di ruang lantai. rintih doa yang lambat lesai. menanti pagi diredah redam. masihkah kita berdendam! gerak menghafal doa adam, mengental makna: Tuhan, kami tiada pertimbangan ke diri kami ini, jika Kau tidak ampun rahmati kami, selamanya kami rugi.

kampus salik, 25 muharram 1430.

No comments:

Post a Comment