Sunday, January 11, 2009

MERDEKA DARI DUNIA

selain kabus pagi basah
di sana ada bau tanah
rupa angin dan decit margatwa

tanah wangi tanah tumpah darah
angin berumpun-rumpun mengibas rambut
marga dan eriang berserunai melagu damai

sayang dil,
semua sudah basi dalam sejarah
dikekah tamadun. namun ia prasasti
di lantai sanubari. terkepung di pasung labirin
kau panjatkan doa laungkan kebesaran
nama tuhan! merdeka dari dunia!

kekadang mimpi menceria lena
kau merasa rugi bila terjaga
kekadang mimpi di dalam cerah
kita dokong lelah sebelum parah
kita mencari arah meninggal lembah

mari meladeni rencah hidup
hidup yg bakal mendewasakan diri
diri mahu menceburi alam luas
luas saujana luang dirungkup teka-teki
dirinya dikurung labirin lagi!

kamar amat luas berbumbung tinggi
ini tilamnya lebar kau lenalah
gebarnya berbunga indah berselimutlah
buang segala gundah silam dan berdendam
di sini tiada resah melainkan sejahtera
nyanyian dodoinya si bidadari bersuara.

11 januari 2009
kota bharu bandaraya islam.

No comments:

Post a Comment