Monday, January 11, 2010

Guna Nama Allah. Siapa Lebih Berhak! (LA ILAHA ILLALAH).

&

Timbul persoalan dalam kecoh-kecoh dorang mahu (sebenarnya baru mahu) menyebut nama Allah. Isu 'lafzul-jalalah 'Allah' ini mahu digunakan dalam majalah mingguan katolik Herald The Catholic Weekly . Ekoran kecoh-kecoh itu, cerita menjadi panjang dan panas hingga melibatkan mahkamah, hakim. KDN, PM Najib, Menteri di JPM, NGOs dan pemimpin-pemimpin parti politik sudah tentu termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS).. membakar dan mengebom gereja...masya Allah...

Kalimah 'Allah' atau الله boleh disebut oleh sesiapa jua. Kalimat 'Nama Khas' itu bukan milik sesiapa, ia adalah milik Allah. Orang lain haram mengambil nama ini untuk nama dirinya. Selain dari diri-Nya, kita semua adalah makhluk-Nya dan milik-Nya. Dia Rabbul-'aalamiin. Pentadbir seluruh alam. Dia Yang Maha Agung adalah Tuhan bagi orang Islam dan juga Tuhan bagi orang kafir! Orang Islam beriman dan yakin dengan ketuhanan Allah. Sedangkan orang kafir ingkar dengan ketuhanan-Nya. Orang Islam yakin dengan perintah penyaksian 'TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH'; sedangkan orang kafir ingkar dengan dua kalimat syahadat itu.... aku tertarik satu artikel di Malaysiakini:

'Allah' milik siapa?
Norman Fernandez Jan 5, 10 3:43pm

Kita tidak perlu bersengketa
atau hidup berseteru
antara kamu dan saya
tentang siapa antara kita
yang lebih berhak memanggil nama-Nya

Biarlah...
bila kamu dan saya
sampai di syurga
kita bertanya pada empunya nama
siapa antara kita
yang layak sebut nama-Nya
kerana hanya yang empunya nama
boleh menjawab
boleh menentukannya.

Artikel di atas menyebut bahawa hasil perkecohan antara dua golongan manusia iaitu penganut Islam dan penganut Katholik Keristian akan terhukum di akhirat nanti selepas mati. Jawabannya berada di syurga. Betul. Tetapi mengapa lama sangat harus ditunggu. Sepatutnya dengan kewarasan akal yang dikurnia Allah, sediakanlah jawaban yang relevan untuk masa kini! Misalnya Allah kita itu mengapa perlu jadi Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul-qudus? Kenapa jadi tiga tetapi satu? Ada banyak lagi persoalan bagi menafikan Allah itu bukan tiga. Dia ALLAH Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment