Thursday, April 4, 2013

memandu agak jauh hujung mac


28.3.2013: tidak terlalu tergesa-gesa kami berlima bertolak mengekori kereta nissan sentra yang dipandu ahmad farhan. dia berempat - bersama 'ain, ariff dan si kecil amshar. kupandu merc kompressor 200 bermuat dah, adli, nani dan si kecil husna.
sejak keluar wad teratai 7.3.2008 ( sehari sebelum pru12) dulu, inilah kali ke 3 kesihatanku dikurnia Allah  untuk memandu jauh. kali pertama ke unisza gong badak kuala terengganu hantar si fadlin masuk pengajian. itu dengan viva elite hitam ks900. Alhamdulillah. kali ke 2 memandu sendiri yang agak jauh ialah juga ke kuala terengganu. hantar si fadhlin selepas tamat cuti pengajian baru-baru ini.
kali ini kami menuju kuala kangsar, hantar ahmad farhan sekeluarga hingga ke kuaters guru tempat menginapnya. syukur kami tiba dengan selamat sebelum petang benar. siti farhana, abang yi, haziq dan fawwaz tiba dari manjung. si sulung sekeluarga tiba pula dari tanjung malim. petang yang geger di rumah ahmad. hinggalah abang long sekeluarga balik ke tanjung malimjam 10.30 malam. kasih sayang berkumpul. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment