Sunday, September 14, 2014

EPISOD DI TELUK 2001





Sukarnya mengisytiharkan
Kemenangan mutlak, selagi tidak diketahui
Adakah dia sudah mati, lemah tidak berupaya
atau parah dalam persembunyian

Saddam menghalangnya mencapai kepuasan
Hilang, tidak kelihatan di daratan mana
Bahawa seperti Osama ben Laden
Atau Mullah Omar berada di ruang mana
Sesudah episod September 11, 2001
via penyerangan ke atas Kabul
tetapi masih wujud dalam hati kita

Empat bom 900kg meledak restoran
Di Al Mansur, Baghdad meghaibkan Saddam
Atau sekadar penduanya
Sama ada berjaya mengguling tugu beliau
Atau kenal pasti DNA-nya, lelaki itu
Sudah melaksanakan tugas penuh bijaksana,
Seakan misteri ada Osama, gagal ditemui
Musuh menghantui George W Bush,
Pemilik sejati senjata pemusnah manusia
Made In America.

Kita tunggu khabar berita
Kita nanti punca suasana
Siapa pembela siapa
Siapa memusnah siapa.

Disember 2001,                 
Qasrul-dhahabi, Mekah.



- dari antologi ATAR SERIBU BUNGA, DBP (2012) m.s 104


No comments:

Post a Comment