Wednesday, August 16, 2017

MUNCUL WAJAH SEBENAR


Kita sudi sepakat berteras dasar dan luhur perjuang keadilan.
Itu tegas war-war, deklarasi sebelum detik berancam.

Kita berhak perkuat iman, pamer yakin diri. Mereka berhak
pertahan dasar walau hala tuju berbeza. Namun perkongsian
telah usai. Egomu kekal berlangir bebal tanpa menghormati
pendirian berlunas setiakawan

Kerusi selesa mula menepis sepakat. Muncul wajah sebenar
pertikaian, kau sengaja mahu tukar pemandu kita agar lebih
mudah dicucuk hidung.

Baru tersedar, kau sendiri masih lemah bertatih, melangkah.
Tiba-tiba sahaja hilang kelantangan mahu menakutkan orang
lain bahaya seteru itu. Ura-ura merujuk selepas talak mula
terdengar walaupun ‘iddah telah lama berlalu.

Kini baru perasan, rupanya sang penaja punya elat bersiasat
jahat. Pelaburan besar dibuat, tidak membawa untung sesen
pun; yang dikendong keciciran, yang dikejar telah lesap.

Teringat jua, permainan ini rupanya barang dinamik.Tidak
mustahil untuk kau fasik bermunafik. Orang mukmin tidak
akan gelincir jatuh ke jurang sama lebih sekali.

22 Jun 2016

No comments:

Post a Comment