CATATAN DHARMALA NS: Abdul Hadi Mesej Merakyatkan
Puisi.
Tak
hairanlah minggu lalu (31 Oktober 2008) penyair Abdulhadi Muhammad dari Kota
Bharu mengirimkan antologi puisinya ‘Negeri Di Bawah Bulan’ terbitan Pustaka
Dewan Puisi (PDP) Kota Bharu. Memuatkan 75 buah puisi, antologi perseorangan
Abdulhadi memang memperlihatkan keberangan insaniah terhadap kebobrokan yang
berterusan menimpa golongan prolitar. Malah puisi pertama Abdulhadi sudah
lantang mengungkapkan: Dukacita permohonan itu ditolak, jam petang/Seperti
selalu mentari memberi laluan/Masyarakat katak lebih bersatu meminta/Kaum tani
lama menadah sawah kemarau/Mereka tanah,/Maaf (Dewan Sastera, Februari 1986).
Keberangan juga mendorong Abdulhadi menghasil antologi berkenaan, dengan perlu
menunggu kawan-kawan menampilkan antologi berkumpulan.
Bagaimanapun
keberangan berpuisi tak sama dengan kumpulan yang digerakkan secara terancang
seperti keperihalan menyembahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Perak di Kuala Kangsar yang dilaporkan media hari ini (6 November 2008).
Pimpinan kumpulan terbabit di kalangan individu berpengaruh yang mampu untuk
melestarikan kekebalan kuasa menangani isu yang dibangkitkan dengan tak
perlulah membazir idea menyembahkan memorandum kepada DYMM Sultan Perak hingga
ke Istana Kuala Kangsar. Apalagi isu Bahasa Melayu alangkah baiknya telefon
sahaja menteri UMNO sama ada mahu dilaksanakan atau sebaliknya! Kalau sengaja
mahukan naratif bersandiwara dengan merangka liputan di media, lainlah!
JOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.org