Wednesday, December 30, 2009

Dari Port Dickson Ke Mongolia Selepas Perak Darul-Kartun.

"Mereka (KDN) boleh rampas majalah saya, buku saya, produk-produk saya, yang mereka tak boleh rampas, otak saya. "Saya tetap akan melukis walaupun atas kertas tisu tandas," kata Zunar ketika menceritakan kejadian rampasan pada hari ke tiga Ramadhan itu.






.

Monday, December 28, 2009

Sajak Tersiar Di BERITA MINGGU 27 Dis 2009

DATANG MUHARRAM


hidup yang sempat kugetus lagi setangkai

sedang kukunyah. terima kasih Allah.


redup yang terlontar

jauh. hujan tidak jadi turun

tempayanku bergenang air mata

melimpah menyusup bersama darah

nafas satu-satu kuatur

ketika sujud syukur.


11.45 mlm.

3 Januari 2009

Monday, December 21, 2009

BERIKAN FAEDAH 'HAK KARYA' SDR PYAN HABIB SEGERA ATAU...

menatap catatan sdr pyan habib pada blognya: sedikit tentang `suara' yang dikincing! dan ada linknya ke mStar online naluri saya tersentuh. dua perenggan dari sajak masterpiece beliau 'suara' telah disamun dan dinyanyikan oleh penyanyi amoi yang fasih lagi chomel!.

ternyata pyan berasa hampa bagai kecewanya kita bila dapat tahu enjin jet bernilai rm50juta milik tudm 1malaysia hilang disamun! pyan telahpun mencatat pada posting selasa 1 disember dengan jodol siapa bikin lagu gua punya `suara' (lihat ...)? dan pada rabu 9 disember pula berjodol 'kapitalis'(wa caya lu..lihat..). nampak benar pyan terkilan. selaku sahabat pyan, saya amat simpati.

dulu, kini dan selamanya pyan adalah karib yang senang didampingi walau saya berada jauh di kota bharu. suatu waktu dulu kami pernah menghuni rumah anak alam, galeri karyawan dan seniman di pinggir bukit / padang merbuk bandaraya. sempena catatan 'luar pagar' pyan habib pada mStar online itu... saya salin kembali sebuah sajak saya berjodol 'pintu' petikan dari kumpulan 'ruang dalam' (penyair 1986):

pintu - buat pyan

kauajakku masuk sebelum kuketuk. selak menyekang gema. suara tergari. sapa terkunci bergugur senja di perbukitan kecil. datang malam menebar gebar. kita bersepi di luar pintu

angin parau terjulur dari rengkung menghembus asap dan hilai bahasa. kureguk pekik tertendang itu bagai jaring labah penuh salut pelekat merungkai saraf dukamu berpintal

terjerat kita dibawah gebar dan jaring meraba rasa dan makna. tiada desir pohon tiada nyanyi burung. gegendang bertahun mengundang sunyi rindukan merdu suara Daud yang disorokNya belakang pintu. -Mac 1986.

mari kita berdoa agar orang yang mengincing dua rangkap 'suara' pyan memberi sesuatu faedah dari 'perlanggaran etika' itu kepada sdr pyan kita yang kerugian hak hasil karya mutlaknya. maaf cakap, jika mereka tidak memberi faedah sewajarnya, kita harapkan mereka mendapat balasan setimpal hingga pecah 'anu' yang mengincing itu.
Sdr Pyan Habib
.





Monday, December 7, 2009

sajak abdulhadi

DIA ENGGAN MEMBELA

Enggan membela sabit jenayah dirinya itu,

dia mendakwa tak mahu berunding melepas laku


Mana mungkin dia bersetuju melolos tipudaya

membebaskan diri padahal dia sering berkeras

melawan jenayah, salah guna kuasa, rasuah

dan menyorok tindakan penjawat di serambi kuasa


Lebih baik dia meninggalkan rumah dan keluarga

untuk beberapa tahun bersendirian di sel penjara

sambil membuang celaka dan menolak sial bala

Dia tahu diri sering dirundung masalah

bergelendangan di lorong sukar di celah payah
hidup bergocah rumit bagai tidak terelak,

merempat di kaki dunia bagai bocah hilang harga


Pernah diberikan amaran, jika berlemas aniaya

terserah dirinya sendiri dan usah mengharap

kemanusiaan yang ditinggalkan membela nasibnya

Remuk hati orang lain akibat tindakannya

tidak betah dipedulikan sama ada nama baik

atau durjana, tiada pilihan mengekal kehendak

dirinya seperti sering dilaung-laungkan sejak lama.

Penyelesaian maruah itu selalunya sementara

dia lagi menggalas beban,menjual harga diri

seumur hayat tidak sanggup membantah hati sendiri

Ditahan awal tahun lalu – dia mengaku bersalah -

memecah masuk peradaban, mengugut akta,

mencuri waktu, merampas berani,

mengancam damai dan nyawa peribadi

Dibenarkan ikat jamin atas segala pertuduhan

namun tiada siapa tiba mahu. yang arif

menetapkan tarikh menjatuh hukum
selamanya akan terkurung dalam bersalah

menghantui sehingga ajalnya bergelisah

Itu keputusan amat berat terpaksa dipilih

walau ragu kewarasannya menerima,

dia mahu berpegang janji dan menatap nyata

tanpa sepatah kata. bicara tidak lagi diperlukan

kebisuan lebih mahal malah air mata jadi sia-sia

Massa, dia mohon maaf atas tingkah angkuhnya

tanggungan berat itu akan tetap dipikul rela.

16 Mei 2009,

Tuesday, November 24, 2009

Kerja Bidang Kewartawanan Perlu Benar Takutkan Allah

Banyak jenis pekerjaan bagi manusia menperolehi pendapatan sebagai sumber rezeki. Pekerjaan itu ada yang memerlukan tenaga empat kerat, keupayaan bakat dan ilmu; ada yang memerlukan kebijaksanaan minda. Bidang kewartawanan dan penulisan kreatif adalah suatu pekerjaan atau profesion yang baik sebagai penyebar maklumat serta ilmu pengetahuan. Beroleh pahala besar bagi mereka sekiranya menjalankan tugas menurut keredhaan Allah. Tugas para rasul dan nabi a.s adalah penyampai utusan / mesej suci dari Tuhan kepada manusia yang mengandung aturan dan pengajaran untuk kesejahteraan hidup.
Namun jika menyalahgunakan bidang kewartawanan dan penyampaian berita demi merosakkan agama dan masyarakat, maka akan tersebarlah fitnah yang boleh merosakkan minda, memburukkan suasana serta memecahbelahkan umat. Berdosa besar jika kerja kewartawanan menjadi aset buat penyebaran berita atau rencana demi menjatuhkan maruah seseorang, memecahkan jemaah Islam atau mengajak umat membenci pemimpin yang baik...(sila baca...)

Sengaja mereka-rekakan perkara yang tidak benar adalah perbuatan mungkar dan terkutuk. Menjadi batu api atau pengadu-domba adalah kerja orang munafik. Manakala menjadi penyebar fitnah pula, al-Quran menjelaskan ianya lebih dahsyat dari membunuh! Jadi semua kita hendaklah takutkan Allah, takutkan terjerumus dosa dan bertakwa seumur.

Hujjatul-Islam, Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa Takwa ialah Takut kepada Allah swt dalam erti kata melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Hanya orang yang bertakwa yang akan sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam tindakan sehariannya, tanpa mengira sama ada secara sunyi atau terang-terangan. Seseorang yang takutkan Allah, dia memiliki rasa khuatir, cemas atau ketakutan sekiranya mulutnya mengucapkan perkataan yang mendatangkan murka Allah. Sehingga dia menjaganya dari berdusta, ghibah (bergosip), perkataan yang berlebih-lebihan dan tidak bermanfaat. Dia selalu berusaha agar lidahnya senantiasa basah sibuk dengan berdzikir kepada Allah, dengan bacaan Al Qur’an, dan muzakarah ilmu.

Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang dapat menjaga (menjamin) untukku mulut dan kemaluannya, aku akan memberi jaminan kepadanya syurga”.(HR. Al Bukhari).
Rasulullah saw juga bersabda:
“Tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu (perkataan) yang tidak berguna”. (HR. At Tirmidzi).
Kemudian dalam riwayat lain Baginda bersabda, ertinya:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berbicara yang baik atau (lebih baik) dia diam”.(HR. Al Bukhari dan Muslim).

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah agar mendapat kesejahteraan dan rahmatNya serta terlepas dari nerakaNya.

Tuesday, November 10, 2009

MPKB-BI, MBSA, MBAS juarai Ceria Bahasa Anjuran DBP

Ramli Yamat ~ HarakahDaily
KOTA BHARU, 10 Nov: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sekali lagi telah menjadi johan Pertandingan Anugerah Ceria Bahasa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Manakala Naib Johan pula dianugerahkan kepada Majlis Bandar Raya Shah Alam, Selangor dan tempat ketiga diberikan kepada Majlis Bandar Raya Alor Setar, Kedah.

Apa yang menariknya, ketiga-tiga pemenang tersebut datangnya daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat bermula dengan Kelantan diikuti Selangor dan diakhirnya dengan negeri jelapang padi Kedah...(syabas. baca selanjutnya di sini...)

Pasar Siti Khadijah MBKB-BI, Kelantan, Malaysia.

Pasar Siti Khadijah in Kelantan, Malaysia by Han Ghazi.

Monday, November 9, 2009

Tujuh Mitos, Tujuh Pembohongan


Teknologi boleh memecahkan mitos. Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal-usul lagu Negaraku. Hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai, pecah.

Dokument-dokumen sejarah ini semuanya boleh kita baca melalui internet. Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia daripada diperangkap dan dibelenggu mitos-mitos.

Tanpa mitos, manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (baca bermula dari topik....)

Darina: Artikel petikan ini sedikit mengusik minda untuk kita fikir-fikirkan.