Wednesday, October 20, 2010

PERJUANGAN PUTERI UMNO UNTUK 3G: Gemuk, Gempal, Gebu!!!

Ketua Puteri UMNO

Di sayap Puteri, tahap perbahasan perwakilannya pada sesi perbahasan dalam Persidangan Agung Umno agak mengecewakan. Isu yang menarik perhatian dan dilaporkan agensi berita ialah isu "3G" -- iaitu keadaan fizikal anggota pergerakan tersebut yang "gemuk, gempal dan gebu."

Perkara itu dibangkitkan wakil Perak yang mengaitkannya dengan tahap obesiti di Malaysia. "Bagaimanapun bukan wanita saja yang ada 3G tetapi lelaki pun ada 3G siap tambah 2G lagi, iaitu gendut dan gondol, jadilah 5G," katanya, seperti dilaporkan Bernama.



Dariana:
Itulah cerita dan cita-cita Puteri Umno. Tahap mentaliti mereka melibatkan diri di dalam politik jelas terbawa-bawa dengan konsep keduniaan dan kejahilan mereka. Di dalam majlis tahunan a.k.a Persidangan Agung sebegitu pun masih berlegar perkara dalam kain, mekap dan mahu menarik tumpuan seksual....








.

Aper ke hal: Satu lagi karenah pihak Umno di persidangan agungnya kali ini: ' Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu. ( sila baca di sini...). ......

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu. Keterlibatan mahasiswa itu sekali lagi membuka tembelang kebejatan pihak mereka bahawa larangan mahasiswa menyertai majlis politik hanya terkena atas kepala pihak pembangkag sahaj. Pihak Umno sendiri tidak pula dipersoalkan. Memang patutlah ada kumpulan yang menubuhkan parti 'Parti Keadilan " bagi mendapat keadilan....dan parti itu mendapat sambutan sehingga mendebarkan Umno..... tak per...Cubaaaaaan...Cubaaaan.
.

No comments:

Post a Comment