Telingkah senjata campurtangan pelbagai pihak antarabangsa giat berlangsung di Syria @ Syam (kota dagang Muhammad s.a.w kecil musafir niaga) @ ibukota Damsyik, monarki Bani Umayah bermula!
Bertahun rusuh yang tumbuh bercabang sejak protes kebangkitan
Arab duapuluh sebelas, lebat asap ke angkasa; punca tempik dan protes bejat
Bashar putera Hafiz al-Assad di istana: sang penguasa mesti undur.
Suhu memanas nafsu perang; pemerintah longgarkan perikatan dan
lima kelompok thurah Arab. Tiba-tiba menyambut bantuan tunjuk ajar, hulur kos
dari wira asing menempah aneka arah labelan kuasa perang proksi negara besar atas angin.
Regim tadbir merubah dan majukan ekonomi. Reformasi hangat diperburuk
situasi jurang rezeki, kemelesetan serta kemiskinan; rakyat ikut terpinga
membaling cangkuk tanda soal.
Maka galak cendawan beracun untuk Assad dan regim. subur
pembantaian, kezaliman dan berdarah. Mereka melalok memangsakan awam beriman.
Berlaku exodus langkaui sempadan darat bumi kaum kuffar Eropah, lalui
Mediteranean dan nyawa kian berat terancam.
Februari 2016 ABDULHADI MUHAMAD
No comments:
Post a Comment