Wednesday, April 15, 2009

SAHABAT DATANG 2


ahad 16 rabiul-akhir 1430 = 12 april 2009,pemilik laman blog 'perjalanan salik', penyair rahimidin zahari yang menekan loceng pintu rumahku! dia tiba dengan salam setelah pintu terbuka. sebenarnya sebelum dia tiba, pagi itu aku ada teringatkan beliau dan sebuah buku yang dia pernah berikan kepadaku dulu. beliau benar2 datang menjengahku....selepas berjabat mesra silaturrahim, duduk dan bertanya kabar; kami menjalin bualan seputar keluarga serta kegiatan mutakhir masing2.

kami berbicara tentang teater dinsman, tentang perhimpunan / perarakan isu ppsmi ke istana negara bernafas dalam gas, tentang teman2 penyair di ibukota, tentang kegiatan2 sastera mutakhir termasuk mengenai buku tuan tabal 'jalal-qulub'. setelah mengingati rudi mahmood, kami berbicara tentang dia yang senyap sedu. adakah dia berada di 'alam lain'. kusebut juga sedikit 'bari' pengalaman bersama 'tok ayah man bukit panau', ayah ku dan abdulghafur yang kutemukan di masjid al-muhammadi dan majid india kl sekitar 20 tahun silam. di mana mereka sekarang?

sdr rahimidin zahari dan sdr2 penulis lain beruntung hidup di ibukota buat pertajami kreativiti dan minat. anda akan segar disuburi kegiatan di sana kerana kl adalah 'pusat' juga bagi aktiviti bahasa, kesusasteraan dan seni. ada pena, gapena, dewan bahasa dan pustaka di samping banyak rakan2 seperjuangan. kami pernah di sana dulu! cuma harapan agar kegiatan2 akan menjurus kepada hal2 lebih baik, bertamadun dan beroleh pahala bukan dosa!

2 comments:

  1. assalamualaikum...

    saya merupakan salah seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga anak sulung kepada Rudi Mahmood(kubang Kerian).Waktu pertama kali menjejakkan kaki di UPSI, pernah juga saya mendengar tentang perihal Tuan daripada abah saya.Untuk makluman Tuan abah sy sudah tidak bergiat lagi dalam arena kesusasteraan.Pada pemerhatian saya, dia seperti hilang semangat untuk bergiat semula dalam arena ini dan sampailah ke hari ini, persoalan kenapa dia membuat keputusan untuk berhenti tidak saya ketahui kerana susah bagi saya untuk berkomunikasi dengan 'orang sastera'.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam. terima kasih singgah di sini.harap2 dapat hubungi semula silaturrahim dengan pak rudi mahmood.harap2 dia akan berkarya semula dengan hidangan yg lebih bernilai.insya Allah.

    ReplyDelete