Monday, April 20, 2009

Singgah Di Tapah Perkatakan Perjuangan


Bertolak meninggalkan Proton City pagi sebelum jam 9.00. Perjalanan hala balik dari Tanjung Malim ini berhajat mahu singgah di Pekan Tapah mengunjungi sobat, Hj Abdul Jalil. Beliau ialah ayahanda kepada AbdulKhair seorang bekas penuntut Ma'ahad Tahfiz wal-Qiraat Pulai Chondong, Kelantan angkatan terawal maahad.

AbdulKhair adalah salah seorang penuntut dari luar Kelantan yang diambil belajar di maahad selain Abdulhafiz bin Mokhtar dari Kuantan Pahang. Mereka berdua merupakan sobat anakku Ahmad Zulfiqar sewaktu belajar di sana, sedari kecil usia 13 menjadi rakan dan sering menginap di rumah kami.

Tidak susah untuk kami ke rumah Tn Hj Abd jalil, namun dia menanti kedatangan di satu stesen minyak di Pekan Tapah yang tidak jauh dari rumahnya....oh lama tidak berjumpa, dia kelihatan sihat berserban menunggang motosikal. Di rumahnya, beliau tinggal hanya berdua dengan isteri walaupun ketika itu ada anak bongsunya yang sedang bercuti. Selepas menghidangkan minuman, beliau meminta supaya kami duduk lebih lama sehingga makan tengahari. Beliau rajin bercakap tentang perjuanagn jemaah, tentang ketokohan dan kemenangan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin Menteri Besar PR Perak pada PRK kawasan Parlimen Bukit Gantang tempoha hari. Kami bercakap tentang pendidikan anak2 dan kerjaya masing2. Tentang cucu2 dan harapan masa depan mereka.

Jam 12.30 tengahari kami meninggalkan rumah Tn Hj Abd Jalil dengan harapan dapat bertemu lagi pada lain kesempatan. Insya Allah semoga hubungan silaturrahim kami berterusan, semoga beliau terus sihat dan tegar dengan perjuangan memartabatkan Islam di negeri Perak, semoga PR akan bertapak kembali kuat di negeri itu dan salam ta'azimku buat DS Ir Nizar akan disampaikan oleh Tn Hj Abd Jalil. Dari Tapah melalui Simpang Pulai terus menyusuri jalan ke Cameron Highland dan masuk ke Kelantan melintasi Lojing, Gua Musang. Kami tiba di rumah jam 7.05 petang/senja. Alhamdulillah.

******************************************************************************

Makam Siti Fatimah al-Zahra


Makam fatimah al-Zahra

Makam Ibu Nabi Siti Aminah
Makam Ibu Nabi Siti Aminah

Rumah Rasulullah s.a.w di Mekah
Rumah Rasulullah s.a.w di Mekah
Gua Hira' Mulanya Wahyu
Gua Hira\

Rumah Kelahiran Rasulullah s.a.w
Rumah Kelahiran Rasulullah s.a.w

Foto2 selingan buat tatapan dan ingatan bahawa tempat dan maqam yang dihuni oleh sosok2 yang mulia. Tempat persemadian tokoh2 yang mengisi sejarah kebangkitan Islam dan memberi jasa sumbangan yang besar kepada tamadun manusia. Semoga mereka dirahmati Allah selama2nya.

3 comments:

  1. sudah berjalan jauh ya? alhamdulillah. semoga ente terus sihat-sihat, jangan sakit-sakit!

    ReplyDelete
  2. Sdr Abdul Hadi: Salam. Dah ada blog sampingan yah? Bagus dan teruslah berkarya.

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  3. akhi pyan, ya berkat doa k'ga dan sobat, ana afiat dan sejahtera alhamdulillah. harapan kita semua selalu dilindungiNya.

    sdr msli, terima kasih jua...sengaja kubina blog ni buat mengisi luang, minat dan bakat. mari sesama kita berkarya mencari reda Allah.

    ReplyDelete