Tuesday, June 2, 2009

Majlis Walimatul-urus/Bekwah/Makan Gulai 2

Musim cuti sekolah tengah tahun selalunya dipenuhi dengan majlis kenduri kahwin. Kesibukan bandaraya Kota Bharu dengan lalu-lintas dan orang-orang membeli-belah menghingar lagi bandar itu. Para pengunjung dari luar Kelantan masuk berombong-rombong menambah kesibukan. Kita orang tempatan sini berasa malas untuk ke bandar melunaskan keperluan. Kalau berkereta sudah tentu akan makan 'jem' dengan 'nenas'. Jalanraya sudah tentu menyumbang pergerakan kereta yang amat lembab dan cuaca meruap panas.

Walaupun saya tidak berupaya melunas jemputan semua kenduri, ada hampir 10 kad jemputan diterima. Ada kad mencatat jemputan kenduri walimatul-urus, ada juga jemputan kenduri kesyukuran. Jemputan itu sudah tentu datangnya dari saudara mara, jiran, sahabat atau kenalan.

Keluarga kami menerima kad jemputan sebagaimana berikut:
- 29/5 Mohd Faizal b Mohd Hasbi Tan Kg Tapang -jiran dan rakan sebaya anak kami
- 31/5 Tn Hj Ariffin Md Amin Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Hjh Senaini Long Pengetua Sek Men Agama Tengku 'Amalin Puteri. Kedua mereka adalah sahabat baik sekolej KIK dan UKM. Dapat menantu pulak dah!
- 4/6 Majlis kesyukuran menyambut cucu di rumah En Zahari, anak saudara saya.
- 5/6 Mat Sin Mat Jusoh jiran dan jemaah di madrasah berhampiran rumah kami.
- 6/6 Tn Hj Mohamad Yussop Ishak pengarah DBP Wil. Timur. Mulanya saya tidak tahu siapa gerangan. Setelah menelefon, Tn Hj beritahu diri dan kabarkan yang beberpa oang penulis besar dari KL juga akan hadir pada majlis kenduri beliau eg. Datuk SN Tn Hj A Samad Said, panglima anti-PPSMI!
- 6/6 Abd Azizul Hakim di Kg Chicha, cucu saudara saya, anak Tn Hj Abd Rahim Mohammad Pejabat BPR Kota Bharu, Kelantan.
- 6/6 Pak Ngah Cherang, saudara mara,
- 7/6 Sdr Tn Hj Abd Aziz Bachok, pensyarah Politeknik Kok Lanas. Dia sahabat baik sejak Kolej Islam Kelang dan rakan serumah di Pantai Dalam KL dulu.
- 8/6 Majlis kesyukuran perkahwinan Ust Abd Aziz Pak Soh Kg Cherang.
- 12/6 Majlis kesyukuran Menyambut Menantu adik saya Hjh Norani dan Hj Abd Rahim di Kg Guchil / Demit. Anak mereka. Pak Dean semoga bahagia!

Kalau zaman ritu-ritu masyarakat Islam Kelantan suka membuat 'kerja kahwin' alias walimatul-urus ni pada bulan maulud (?)/maulid, bulan Rabiul-awal. Memilih hari baik pada bulan baik sempena kelahiran Nabi s.a.w. Zaman sekarang hari 'baik' itu adalah pada musim cuti sekolah. Anak beranak balik dan berkumpul dari jauh dan dekat. Musim bekwah (big work/back work..?), makan gulai/ makan pulut dalam masyarakat Kelantan ni meriah sengoti walau pun tidak ada joget lambak atau karaoke yang separa-maksiat tu!!

Semoga majlis yang diadakan berjalan dengan sejahtera, cuaca baik dan selamat terhindar dari perkara-perkara tidak baik/dosa.


5 comments:

  1. Salam,
    Tuan, jangan lepaskan peluang bertemu SN A Samad Said di majlis walimah esok! Wah, bertuah sungguh jika dapat bertemu pejuang tersohor itu.

    Sememangnya majlis walimah sangat banyak bila tiba musim cuti sekolah. Kadangkala, kami juga terpaksa hadir tanpa dapat menjamah apa-apa hidangan. Bukan kerana tidak sudi, tetapi kerana 'tangki' sudah penuh. Bayangkan sahaja apa akan terjadi jika kita menghadiri sehingga 11 jemputan walimah dalam sehari! Hehehee..

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Abdul Hadi,

    saya memenuhi pelawaan Pak ke laman ini,

    waktu Pak Hadi mula berkarya (1971), saya baru sahaja lahir dari perut bonda;

    mohon diizinkan laman Pak Hadi ini saya "link"kan ke KOTA PUISI saya.

    ReplyDelete
  3. salam.

    terima kasih kerana berkunjung ke blog saya...
    saya pasti akan kembali ke blog ini...

    ReplyDelete
  4. sdr patung cendana n Danielle Corleone terima kasih menjenguk ke laman saya semoga anda terus kreatif.

    sdr ZULKIFLI, juga terima kasih kerana sudi bersama prihatin dgn laman saya. diizin.
    sdr Marniyati juga terima kasih, luang bertemu SN pak samad mungkin lain kali jika panjang umur. moga pak samad juga aihat afiat utk terus pertahan BM kita.

    ReplyDelete