Wednesday, July 8, 2009

Mansuhkan PPSMI- Kembalikan Bahasa Ibunda

ppsmi march 070309 crowd.jpgHari ini Rabu 8 Julai 2009. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia TS Muhyiddin Yassin setelah diperkenan oleh Kabinet Malaysia telah mengisytiharkan 'anak bulan' PPSMI tidak akan kelihatan sebelum menjelang tahun 2012 nanti. PPSMI ketika itu genap berusia 10 tahun menjelang akil baligh, Piihan Raya Umum ke 13!
********************************************
Setelah disidangkan, diprotes, diasak dan ditunjuk rasa beramai-ramai, kemuncaknya 7 Mac 2009 para demonstran berarak mengusung 'Keranda 152' dengan penyertaan para pejuang, cendikiawan serta sasterawan negara; para polis pula mengasak dengan asap pedihmata. pak Samad si Sasterawan Negara itu menyebut pihak pentadbir negara hanya 'punya satu telinga tetapi berlidah dua!'
**********************************************************************************
Asakan tidak terhenti setakat itu, malang sungguh Bahasa Melayu. Suara anak-anak kian parau. Pihak berkuasa sukar menghirau. Perarakan tahun ini adalah bagai peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 ( 42 tahun yang silam) bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.

Kali ini mereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen /Istana Negara. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
***********************************************************************************
Mansuhkan PPSMI


Sejak perdana menteri itu
beralih enam tahun lalu
pesakakan masalah baru

Ilmu hisab dan sains
tidak lagi di tulis baca kira
dengan Melayuku
menusuk mata dan telinga
anak-anak meraba,
guru menterjemah makna

Sia-sialah istilah
dibentuk cendikiawan
sia-sialah buku
di pustaka dan pasaran
sia-sialah suara
serak pejuang kebahasaan

Hampir sedekad
diperkata dipertahan,
milik penjajah tetap
menyukar anak sekolah
pemimpin politik penguasa
tetap bias berolah
semacam memilih musnah.

7 mac 2009

anti ppsmi rally 070209 rally banner

BAHASA JIWA BANGSA


Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

2 comments:

  1. Salam, sekadar pandangan peribadi:

    Kita sememangnya harus berterima kasih kerana PPSMI sudi dimansuhkan, tetapi perjuangan ini tidak harus terhenti di sini.

    PPSMI hanya dimansuhkan mulai 2012. Bukan serta-merta seperti yang kita minta. Bukan juga serta-merta seperti ketika ia dilaksana. Itupun hanya dimansuhkan di sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja, bukan di peringkat IPT. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi masih dinafikan haknya.

    Sejauh mana ia benar-benar akan dimansuhkan, itu belum pasti. Setakat ini, ia hanyalah sebuah janji politik yang belum pasti tertunai atau tidak.

    ReplyDelete
  2. ya. benda buruk, penyakit, barah hatta kefasikan jangan dibiarkan berlangsung lama. lagi 3 tahun serba mungkin terjadi.namun anak2 sekolah juga jadi mangsa.

    segala pantang mesti diikuti serta ubat penawar mesti diambil segera...namun UBN masih bermain politik. baru sedar banyak kelemahan bahana PPSMI itu. keegoan beberapa sosok pemimpin pro UBN dan pro-PPSMI mahu pertahankannya menjadi penyakit sukar sembuh.

    yg kita bimbangkan berita 'akan dimansuh 2012' itu hanya retorik penyedap rasa umpan politik kerana UBN memang pemancing yang tidak terhalangkan massa walaupun dia kian tenat. ego punya pasal...peduli apa 'rakyat diutama' atau tidak.

    ReplyDelete