Khamis 6 Ogos 2009- Menyerahkan manuskrip kumpulan sajak 'Atar Seribu Bunga' kepada Pn Ariza Che Ismail DBPWT kalau mungkin untuk diterbitkan ... Kumpulan ASB mengandung 120 sajak lama-baru tentang kembara rasaku.
Selasa 11 Ogos 2009- Sementara menunggu Hamidah ke rawatan fisioterapi di HUSM, aku di dalam kereta terpandang seseorang yang irasnya sdr Marsli NO! Dia berjalan agak cepat menghala ke bangunan Pasaraya Nirwana. Aku segera mengambil fonta dan mendail nombor milik Marsli; ketara orang itu tidak menunjukkan reaksi menyeluk poket mengambil fontanya atau sebagainya. Dia bukan Marsli NO! Aku mematikan deringan fontaku.
Sebentar fontaku berbunyi, dari sdr Marsli! Dia bertanya ' siapa tu?' Aku beri salam dan menyebut nama penuhku. Marsli memberitahu: ' Di, aku di wad ni. Dah dua hari.' Langsung kutanya kenapa pulak? Dia kata dia demam dan suspek mengidap selsema babi. Masya Allah. Patut pun kedengaran suaranya pelan dan letih. Aku sempat menyebut harapan agar beliau selamat dan cepat sembuh, tidak mahu bercakap panjang. Semoga sdr Marsli NO dah sembuh, selamat dan bergembira bersama keluarganya. Marsli N.O - Seorang penyair, penulis, pemikir dan bloga yang tersendiri.
Selasa 11 Ogos 2009- Sdr Leo AWS mengutus SMS memberitahu sasterawan ANWAR RIDHWAN dianugerah gelar SASTERAWAN NEGARA ke 1o.
Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.
.

|
.
salam
ReplyDeletesasterawan negara ni bukan anugerah setiap tahun ke? huhu baru tahu..tq
salam pak Hadi,
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungan
siapa rajin berjalan, dapat
kawan :)
banyak info, variasi di sini
dan di sana
Pak Hadi pasal sasterawan tu, nak cadang Pak Nora untuk tahun depan-depan,
boleh ke
salam. sdr basuh baju.. mula2 tu nampaknya anugerah SN setiap tahun 1981-83. lepas tu b'kali jadu dua tahun sekali tetapi 1989 tiada. kemudian b'kali jadi 3 tahun sekali namun tiada 1999, 2002, 2005 ada balik 2006 dan 2009. ikut kaedah mana, ntah ler.
ReplyDeletesdr abuyon. elok tu mencadang pak nora. dia juga serba tulis dan punya 'sesuatu' yang mahal pada ideanya. semoga tiada gelar SN buat cayanunalif. sasterawanis nagara??
ReplyDelete