Thursday, May 21, 2009

Sajak-sajak Silam ke 8-9: Cintaku & Sama Merestuimu.

Cintaku
(untukmu benciku sayang)

aku cinta kepadamu, sayang
kerana kau di sini tujuh turunan
memiliki gedung ini
penuh ilmu ribuan tempayan

jelingan dari kejauhan
terserlah senyuman dari bibir delima
mencair seligi di dada, jadi
panas berselera

tarian senyum
di wajah ayumu
bikin semua muda ngilu terpinga
menelan liur air selera
dengki kau jelita raya

akan tetapi jangan marah
aku cemburu, dengki! jauh sekali
aku hanya mahu tempayanku
penuh isi, juta-juta nilai
mengerti engkau. cinta agungku!

kota bharu, kelantan.


Sama Merestuimu
(khas buatmu)

him:
aku, kami dan kolej
sentiasa menunggumu, menantimu
sepertimu.

him:
senyum, dekahku di sini...jauh
pun sama...juga jauh
akan berpadu di ambang kolej

lulus, diterima, masuk, berjumpa
bergaul mesra di sini
ini harapanmu kan?
begitu jua aku.

(aku menunggumu di ambang kolej
penuh harapan)


3 petang, 12 feb 1971
asrama koboi kik.

2 comments:

  1. bro. malu ana. tapi dari terperap dalam buku usang lebey baik ana sorokkan dalam ni...moga ada pekdah sekurang2nya buat peribadi..hah...ha..

    ReplyDelete