Sunday, October 11, 2009

Dikir Barat Tidak lapuk Dek Hujan...

Zaman remaja dulu saya sering berbasikal bersama saing ke panggung dikir barat (DB). Kami sanggup pergi ke tempat persembahan itu walaupun agak jauh. Teket masuk cuma 20 sen seorang. Banyak kenangan teralbum indah semasa menonton DB dulu masih saya ingat hingga kini. Panggung DB diperbuat besar/luas dari daun nyiur. Penonton akan duduk bersila di atas tanah atau hamparan berbumbungkan lagit. Mereka bebas bergerak ke sana ke mari..

Dalam samar-samar terang itu kami duduk mendengar dan berdendang sama sejak jam 9.30 malam hingga tamat hampir subuh. Apabila gendang bertabuh dan para pendikir terutamanya tukang-tukang karut dan juara berada di pentas, maka akan hingarlah sekitar dengan dikir barat. Selalunya mereka akan berlawan dua puak atau pasukan yang dijemput khas. Pasukan itu masing-masing memiliki tukang karut atau penyanyi dikir yang popular.

Setelah saya menyambung pelajaran menengah di Kelang dan KL, saya ikut serta pasukan DB kolej dan universiti (UKM) Kami sertai Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian UKM bersama kumpulan kesenian lain. Kami pernah membuat persembahan di Sabak Bernam, USM Kampus Minden Pulau Pinag dan ke Pulau Langkawi; selain di UKM Bangi. Juara dan tukang karut pasukan kami ialah sdr Mohd Fuzi Mohd Noor @ Tar ( kini Pengetua SMK Kubang Kerian 2). Suara beliau merdu dan sedap didengar (termasuk tilawah al-Quran!).

Setelah berada di alam tua, sesekali masih mengikuti DB sama ada di kaca TV atau Youtube. Kalau dulu-dulu dikir Tok Ngah Seman @ Seman Wau Bulan sedap dan tidak puas didengar; kini ramai pendikir yang terkenal, antaranya yang paling terkenal ialah Megat Nordin. Saya sengaja memetik 2 video yang menayangkan DB mereka berdua membawa lagu-lagu yang evergreen, tak lapuk dek hujan:


Titih Pesaka oleh Megat Nordin



2 comments:

  1. salam, tuan. Perkongsian yang menarik. Saya merindui zaman2 ketika saya menjadi tok jogho dikir barat di sekolah dulu ...

    (halim yazid pernah datang ke jepun untuk berdikir barat. siapa pula yang akan datang ke uk?)

    ReplyDelete
  2. salam buat anakanda hazwan. asal dikir ialah zikir. ingat dan sebut.
    jadilah tok jogho @ juara juga dalam sesuatu yang ma'ruf.

    ReplyDelete