Dalam masyarakat Melayu, khasnya di Kelantan biasa kita temui 'orang latah'. Pelbagai macam latahan mereka, baik laki-laki atau perempuan, tua atau muda.
Latahan juga menerbitkan sebutan mencarut secara tidak sengaja dan tanpa kawalan. Orang yang latahnya melampau mungkin akan bertindak kasar atau menari, terikut-ikut pula suruhan orang yang mengusiknya; hingga hilang kawalan diri untuk beberapa lama.
Ada anggapan, melatah itu satu penyakit dan sebahagian daripada tabiat atau budaya orang tertentu.
Soalnya: Adakah sifat 'latah melatah' itu wujud juga di kalangan masyarakat bukan Melayu?
No comments:
Post a Comment