Sunday, October 11, 2009

SERONOKNYA MENJADI PENULIS

salam. setelah kenal huruf, barangkali kerana dikurnia bakat oleh Allah serta disubur oleh minat, maka ana menjadi penulis. sejak sekolah menengah tahu menyusun bahasa cinta insani alias perasaan, hingga kini walau pun tidak semasyhur orang yang terkenal, ana tidak kesal menjadi penulis. nombor wahidnya kerana menjadi penulis, ana jadi pembaca. kerja membaca dan rajin membaca. yang tidak puas-puas ana bacai ialah al-quran.' al-quran' kitab suci itu pun bererti 'bahan bacaan' sementelah ia adalah wahyu Allah kita.jadi menjadi penulis itu adalah lantikan Allah kita kepada sekujur diri ana. seronok seumur dan tidak ada yang tidak seronok!ana bersajak semata melayan bakat dan minat itu. menuju pula cinta Allah. lalu ana menerbitkan sendiri tiga buah buku kumpulan sajak. satu demi keseronokan peribadi, kepuasan dan juga buat orang lain menyantap 'keroncong dari ana' walau pun laguan itu sekadar sarapan pagi, tengahari atau hidangan malam. buku sajak ana 'ruang dalam', 'racun abadi' dan 'negeri di bawah bulan' dan bakal menyusul ' atar seribu bunga' barangkali itulah antara pesaka bukti bahawa ana pernah menjadi penulis. mercu tanda bahawa nama ana pernah wujud mengisi ensaiklopedia kesusasteraan bahasa dan bangsa ana. melayu di tanah melayu ini. ana menulis melalui bakat dan minat seperti yang diperuntukkan-Nya. ana dambakan keredhaan-Nya, faham bahawa melalui hasil karya juga kita akan mendapat pahala atau dosa. niat kita, hasil buat kita dan hidangan kita itu akan dinilai oleh Allah kita bagai seorang pelukis jua. ada karya baik jika melukis keindahan ciptaan Allah, melakar keburukan suasana bagi memberi kesedaran, tetapi jangan melukis perkara yang diharamkan demi memuas hawa nafsu. sama juga jika berfoto kan? walau apa pun ana bersyukur bila karya baik terhasil dan bila dinilai baik oleh orang lain. mari kita teruskan bakat dan minat yang baik, punya intelektual / kewarasan, bermanfaat dan mengharapkan mutmainnah. semoga menjadi hamba Allah yang akan kembali kepada-Nya dengan keredhaan dan diredhai-Nya.. menjadi peserta ke syurga Allah. seronok kan?

WS Rendra bersajak:

3 comments:

  1. Sdra. Abdul Hadi,
    Tujuan menjadi penulis yang murni ini saya sanjung tinggi. Tidak semua penulis yang menulis untuk ibadah.

    ReplyDelete
  2. Sdr Shapiai, segala gerak laku dlm hidup ini hingga ke mati adalah dalam hitungan Allah...dan kita adalah makhluk punya tugas perhambakan diri / ibadah kepadanya. mari kita gunakan upaya itu untuk berkarya lillahi ta'ala.

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr Abdul Hadi,
    Terima kasih kerana mengunjung ke blok saya tempoh hari. Saya juga bukan penulis, hanya ikut-ikutan. Mula berpena selepas bersara dari jawatan. Pena diasah dan digilap oleh Hj. Shapiai yang kebetulan berjumpa sepejabat. Tujuan saya menulis adalah niat untuk berdakwah dijalan Allah, disamping mengasah minda supaya sentiasa waras walaupun telah berusia. Insahallah, saya terus berpuisi semampunya.

    ReplyDelete