BANGI MENGATUR TAMADUN
Seketika
ikut mengenang
menyelusuri
kembali Bangi
singgahan
sementara itu
sempat
kujejak pandang,
menyambar
dengar
dan
mena’kul harian.
Bagai
margasatwa punya titir,
ta’bir
dan dikir sendiri
terbang
melayah, hinggap
atau
menciap pada pohonan
doa
di tepi jendela
sekitar
desasiswa dulu.
Sesekali
lunak sesekali
rusuh.
Para pencari
tegar
mengulas-banding
Debar
apakah atau suara siapa
mengganggu
lena mereka.
Ilmu
tetap berahsia
atau
wanginya menyelinap
mengangkat
masa senggang
mengisi
kuliah di kampus
memartabat
insan.
Di
perbukitan cita-cita
di
lembah teduhan berkat
kita
masih mengira hasrat,
rimba
tidak lagi kelam
pemburu
tidak lagi ragu
bahawa
purnama
menyediakan
bijaksana
atau
bayang hilang
anak-anak
tahu gemilang.
Lebuh
raya bandar baharu
nafas
warga menggauli waktu
tasik
dan hijau melunak udara
urus
tadbirkan berbunga cakna
yang
berbelanja dijimatkan
yang
manfaat dimakmurkan
yang
keruh dijernihkan.
Halangan
tetap menggocah
kehidupan
tercabar jua; sepakat
adalah
penawar bersilih masa
adalah
kekuatan tersembunyi
dalam
terang!
Mahu
tidak mahu, pastinya
datang
dekad ke empat ini
daerah
kita bangga, Bangi
akan
mengatur tamadun
antara
kota berhikmah;
dilestari
ilmu dan amal
wangi
tersohor merata
membenih
jasa.
Zulkaedah
1432.
Kelantan.
(Hadiah Pertama Peraduan Menulis Puisi Sempena Sambutan 3 Tahun
Pengisytiharan Bangi Bandar Ilmu Anjuran YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi)
Pengisytiharan Bangi Bandar Ilmu Anjuran YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi)
No comments:
Post a Comment