ABDULHADI MUHAMAD Dengan Negeri Di Bawah Bulan: Mengajak Melayu Berfikir
By NAWAWEE
MOHAMMAD • December 2, 2009
Sekurang-kurang terdapat lima catatan panjang yang pernah saya penuhkan
dalam beberapa halaman kosong daripada buku sajak Negeri di Bawah Bulan (2008)
karya Abdulhadi Muhamad. Semua catatan itu saya tuliskan secara berasingan
dalam tempoh beberapa waktu apabila terkesan, dan sebaik-baik sahaja selesai
membaca mana-mana sajak di dalamnya.
Kelima-lima catatan tersebut saya tuliskan
dalam tempoh yang agak lama antara satu dengan yang lain, dan tidak secara
berurutan. Bahkan bacaan kali pertama, saya hanya memilih mana-mana sajak yang
menarik perhatian. Selebihnya ditinggalkan untuk disambung pembacaan kali
kedua, ketiga, dan seterusnya, walaupun jumlah sajak di dalam buku itu 75 buah
sahaja. Hal demikian sering saya lakukan apabila membaca mana-mana buku sajak
seseorang penulis.
Ketika meneliti sekali lagi
catatan-catatan tersebut selepas dibiarkan dalam tempoh waktu yang agak lama,
tergerak pula untuk mengangkat dan mengolah semula pandangan awal saya daripada
kelima-lima catatan tersebut sebagai kesan pembacaan pertama terhadap
sajak-sajak Abdulhadi itu.
Berikut adalah pengolahan semula gabungan
idea pembacaan yang dibuat secara berperingkat-peringkat itu:
1.
Ketajaman kata
Ketajaman kata-kata dan sindiran sinis
daripada sajak-sajak di dalam Negeri di Bawah Bulan di tangan Abdulhadi
sangat terasa. Di sana
sini, dia mengajak bangsanya untuk sama-sama berfikir tentang nasib masa depan
Melayu dan sekalian anak cucunya.
Perlakuan para pemimpin negara yang
dilihat sangat tidak cerdik misalnya, jelas terungkap pandangannya melalui
sajak “Hikayat Keris Sebilah” (hlm.80). Dia melihat para pemimpin masih
bercakap tentang ketuanan. Padahal sikap itu bagi Abdulhadi, seolah-olah
“Mencari ketuanan di rumah sendiri.”. Satu tindakan yang kurang bijakasana.
Hal demikian baginya, sangat tidak wajar
sama sekali. Dengan ungkapan penuh sinis dan tajam, Abdulhadi menulis:
“Mencari
ketuanan di rumah sendiri/
sering berteriak memugar mencanang/
tiang lantai dindingnya kukuh belaka/
pintu dan jendela sentiasa terbuka/
tilam dan bantal nikmat selesa/
takkan keris disanjung hilang tajamnya.//
………………………….
Anak cucu cicit dibiar bermain api/
harta pusaka hak istimewa jangan dijual-beli,/
kini perlahan beralih milik demi kemajuan/
…………………………………………
Budaya, bahasa warisan dijajah semula/
tidak aneh jika kuburan nanti tidak bernama/
……………………………..
Pak Kaduk asyik bertepuk, terselak kain/
sabungan menang tetapi milik orang lain/
Lebai Malang berpeluh menongkah arus/
…………………………..
sering berteriak memugar mencanang/
tiang lantai dindingnya kukuh belaka/
pintu dan jendela sentiasa terbuka/
tilam dan bantal nikmat selesa/
takkan keris disanjung hilang tajamnya.//
………………………….
Anak cucu cicit dibiar bermain api/
harta pusaka hak istimewa jangan dijual-beli,/
kini perlahan beralih milik demi kemajuan/
…………………………………………
Budaya, bahasa warisan dijajah semula/
tidak aneh jika kuburan nanti tidak bernama/
……………………………..
Pak Kaduk asyik bertepuk, terselak kain/
sabungan menang tetapi milik orang lain/
Lebai Malang berpeluh menongkah arus/
…………………………..
Sajak “Hikayat Keris Sebilah” ini,
walaupun terasa amat sinis, amanatnya tetap bertujuan menimbulkan keinsafan.
Sebagai pembaca Melayu, mustahil terlepas daripada rasa kebimbangan
berpanjangan tentang nasib bangsa sendiri yang kian hari kian hilang maruah
diri lantaran para pemimpin sebangsa yang dilihat hanya mementingkan pangkat,
kuasa dan keselesaan hidup. Konon negara kekal maju, padahal sangat banyak hak
sendiri terlepas ke tangan orang lain.
2. Perlukisan hidup aman
Melalui sajak yang berjudul “Sajak Negeri
di Bawah Bulan” (hlm.79) iaitu sajak yang mengilhamkan judul buku ini,
kelihatan sangat jelas melukiskan situasi rakyat hidup aman di bawah sebuah
pemerintahan berteraskan Islam. Sajak tersebut tenang dan jujur melukiskan
tentang kenyataan masyarakat Kelantan dan nuansa keislaman:
“Pantai
Cahaya Bulan sejahtera/
daratannya dipupuk angin aman,/
anak negeri diajar ingatkan Tuhan.//
……………………………….
Kita mahu jadi umat terbaik/
keluar menemui manusia lain/
menyuruh mereka kepada makruf/
mencegah mereka berbuat mungkar/
memohon Allah membuka hati setiap tamu/
ampunilah, sungguh mereka masih tidak tahu.//
daratannya dipupuk angin aman,/
anak negeri diajar ingatkan Tuhan.//
……………………………….
Kita mahu jadi umat terbaik/
keluar menemui manusia lain/
menyuruh mereka kepada makruf/
mencegah mereka berbuat mungkar/
memohon Allah membuka hati setiap tamu/
ampunilah, sungguh mereka masih tidak tahu.//
Abdulhadi juga, dengan rendah diri sebagai
anak Kelantan melukiskan suara rayu tetapi menebalkan rasa keperkasaan seorang
Melayu Kelantan yang mempunyai keunggulan jati diri. Melalui bahasa yang lembut
tetapi bermakna dan mengesankan, melalui sebuah sajak panjang “Ziarahilah
Kelantan” (hlm. 59) amat dirasakan hakikat kehidupan rakyat dan masyarakat
Islamnya:
Jika kamu
Melayu, ziarahilah Kelantan ini/
negeri kurang maju tetapi cukup jati diri/
…………………………………….
Dimasinkan budu, dimaniskan madu/
Diperkasakan agama dan diperkayakan seni/
…………………………………….
menyahut cabaran, tidak akan lari/
demi maruah dijaga hingga rela mati//
…………………………..
Tanah kami terbentang menerima datang/
Bagai meja makan sedia ikhlas untuk tetamu/
………………………………….
Jika kamu Melayu ingatlah Kota Bharu/
Kota berbudaya, penghuni kasihkan kemesraan/
………………………………………….
jenguk dampingilah kami di negeri Kelantan/
……………………………
negeri kurang maju tetapi cukup jati diri/
…………………………………….
Dimasinkan budu, dimaniskan madu/
Diperkasakan agama dan diperkayakan seni/
…………………………………….
menyahut cabaran, tidak akan lari/
demi maruah dijaga hingga rela mati//
…………………………..
Tanah kami terbentang menerima datang/
Bagai meja makan sedia ikhlas untuk tetamu/
………………………………….
Jika kamu Melayu ingatlah Kota Bharu/
Kota berbudaya, penghuni kasihkan kemesraan/
………………………………………….
jenguk dampingilah kami di negeri Kelantan/
……………………………
Suara Abdulhadi lewat sajak ini adalah
suara seluruh rakyat Kelantan yang mempunyai jati diri dan sentiasa bersyukur
dengan limpah rahmat-Nya kerana walaupun dilihat mundur, tetapi tetap “Mengisi
merdeka di bumi ibu kandung.”, “Tidak seperti lain negeri”, dan selama-lama
hingga ke anak cucu rakyatnya mempunyai sikap “Pantang tunduk , dan lebih baik
menjihad korban.”
Selepas diteliti dan dikesani perkembangan
bahasa sajak-sajak Abdulhadi semenjak awal penglibatannya menulis, lenggok dan
langgam bahasa dua buah sajak ini, iaitu “Ziarahi Kelantan” dan “Hikayat Keris
Sebilah”, terasa kurang asli, kerana ketara tidak seimbang antara unsur kreatif
dan amanat yang hendak diluahkan. Kedua-dua sajak terserbut lebih mementingkan
pernyataan emosi; lebih daripada tanggungjawab seni sajak.
3. Keadilan dan kezaliman kuasa politik
3. Keadilan dan kezaliman kuasa politik
Tentang keadilan, kezaliman dan kuasa
politik penguasa negara bagi Abdulhadi dilihat sebagai sesuatu yang amat
menyentuhkan perasaan kemanusiaan rakyat. Apabila kisah ngeri Altantuya
Shaaribun dilukiskan semula melalui bahasa sajak, pembaca diberitahu bahawa
kisah tragis itu seperti digelapkan oleh kuasa politik sebagaimana disebut
melalui sajak “Bukan Budaya Kami” (hlm. 73):
“Bukan
budaya kami menembak dan meletup orang/
Altantuya Shaaribun berkecai jasadnya di Tanah Melayu/
sebilah keris terhunus menghilang kisah malu.//
……………………………………
Kecaian jasadnya bahan saksi terkecil mahkamah/
Tidak mampu memerangkap penjarah.//
Orang keselamatan, wajar menyelemat bukan menjahat/
…………………………….
Siapa menahan jerat, siapa pula terperangkap./
Model wanita Mongolia, seorang insan diganasi/
tanpa belas kasihan tanpa upaya cerita.//
……………………………………………
Haiwan lebih jujur memberitahu:
“Memang ia makanan aku.”
Altantuya Shaaribun berkecai jasadnya di Tanah Melayu/
sebilah keris terhunus menghilang kisah malu.//
……………………………………
Kecaian jasadnya bahan saksi terkecil mahkamah/
Tidak mampu memerangkap penjarah.//
Orang keselamatan, wajar menyelemat bukan menjahat/
…………………………….
Siapa menahan jerat, siapa pula terperangkap./
Model wanita Mongolia, seorang insan diganasi/
tanpa belas kasihan tanpa upaya cerita.//
……………………………………………
Haiwan lebih jujur memberitahu:
“Memang ia makanan aku.”
Mengimbas kisah yang menyayatkan ini, hati
manusia mana tidak tersentuh dengan kezaliman yang berlaku, dan bagaimana
kiranya jika mangsa itu sebahagian daripada darah daging dan ahli keluarga
sendiri? Alangkah!
4. Andalusia
atau andartu
Sajak “Kauterimalah Lamaran Itu” (hlm. 75)
sangat baik untuk difikirkan oleh golongan andalusia; akronim “anak dara larut
usia”. Golongan ini dilabelkan juga sebagai ‘andartu” iaitu akronim daripada
“anak dara tua”.
Golongan andalusia atau andartu;
satu-satunya ahli masyarakat yang harus dipertanggungjawabkan oleh semua pihak.
Mereka tidak harus dilihat sebagai golongan yang tidak bernasib baik
semata-mata. Sebaliknya mungkin di kalangan mereka itu sendiri merasa selesa
dan amat merdeka kerana ditakdirkan tergolong sebagai wanita yang bernasib baik
kerana tidak dibebani oleh tanggungjawab sebagaimana lain-lain wanita; sebagai
ibu, dan sekali gus sebagai pembantu dalam sesebuah rumah tangga.
Jikalau sebaliknya, maka ketidaknasibaikan
mereka itu harus dilihat; mungkin berpunca daripada sikap mereka itu sendiri
yang dianggap “memilih” kerana rata-rata golongan andalusia atau andartu di
negara ini terdiri daripada wanita berkerjaya, hingga sesetengah pula sudah
tidak merasa penting lagi dengan kehadiran lelaki sebagai suami dalam hidup
mereka.
Sehubungan itu, Abdulhadi melalui sajak
“Kau Terimalah Lamaran Itu”, dilihat sangat berkaitan dengan perkembangan
golongan tersebut pada hari ini. Roh sajak ini sesungguhnya sangat jujur dan
berterus terang maksudnya. Hal ini kerana, jika perkembangan penambahan
golongan tersebut makin besar, tidak mustahil suatu hari nanti masyarakat dan
negara akan menghadapi kesan negatif yang sukar diatasi.
Apa yang berlaku akhir-akhir ini, makin
ramai dan makin banyak jawatan dalam masyarakat dikuasai golongan wanita.
Kerjaya kaum wanita dilihat semakin menguasai banyak bidang yang sebelumnya
disandang kaum lelaki. Wanita hari ini bukan lagi bersifat pembantu kepada
golongan lelaki. Sebaliknya, penguasa ke atas ramai lelaki. Hal ini tidak harus
dipandang ringan, kerana wanita tersebut kebanyakan pula terdiri daripada
golongan anadalusia atau andartu yang harus diberi jalan keluar untuk
mengurangi jumlahnya.
Abdulhadi melalui sajak itu sangat jelas
memberi nasihat. Walaupun jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Tuhan, namun
ikhtiar, bersikap positif, mempunyai konsep nilai Islam dan merasa diri perlu
kepada kehidupan berumah tangga sebagai menyambut unjuran Islam dan sunnah
Nabi, adalah sangat penting.
……………………
Usah kau ikut hati budak-budak remaja/
terlalu memilih pasangan ibarat peniaga/
memilih pembeli, barangan akan usang/
ringgit tidak bertukar tangan.//
………………………………
Usah kau ikut hati budak-budak remaja/
terlalu memilih pasangan ibarat peniaga/
memilih pembeli, barangan akan usang/
ringgit tidak bertukar tangan.//
………………………………
Lima
tahun memiliki Ph.D/
tetapi gagal menjadi bini/
banyak perkara penting kau rugi.//
…………………………
tetapi gagal menjadi bini/
banyak perkara penting kau rugi.//
…………………………
Nasihat daripada banyak sudut tentang
hidup sangat jelas dalam sajak ini, dan wajar direnung kembali oleh golongan
yang disebut Abdulhadi. Oleh itu, pembaca kalangan Andalusia
atau andartu tidak harus rasa tersindir dengan sajak ini. Sebaliknya mereka
harus berterima kasih kepada Abdulhadi kerana keikhlasan suara berunsurkan
nasihat untuk berkongsi simpati atas nasib mereka itu di samping mencadang
untuk terbaik jalan keluar:
“Usah
tunggu lamaran Dato’, orang besar atau duda kaya/
mereka sibuk menegak kuasa dan menjuta harta/
paginya mungkin menguap di luar Negara/
tengah hari hidangan bukan nasi/
petang mengejar bola dan lubang/
malam kau isterinya tetap keseorangan.//
……………………………..
Asyik berkuliah, gah di depan mahasiswa/
lupa malang diri boleh digelar ‘andalusia”//
mereka sibuk menegak kuasa dan menjuta harta/
paginya mungkin menguap di luar Negara/
tengah hari hidangan bukan nasi/
petang mengejar bola dan lubang/
malam kau isterinya tetap keseorangan.//
……………………………..
Asyik berkuliah, gah di depan mahasiswa/
lupa malang diri boleh digelar ‘andalusia”//
Sajak ini benar-benar menusuk perasaan dan
menginsafkan. Sebagai bapa, suami dan guru, tentunya Abdulhadi penuh rasa
tanggungjawab manusiawi jika perkara demikian menimpa keluarga darah dagingnya
sendiri. Keihklasan itu barangkali, dia seperti merayu daripada kemungkinan
tidak melewati andalusia:
“terima
sajalah lamaran itu/
merencana rukun di kampus baru/
jauh bezanya hidup sendirian/
ada suami dan kau berstatus suri/
………………………………
merencana rukun di kampus baru/
jauh bezanya hidup sendirian/
ada suami dan kau berstatus suri/
………………………………
Dilihat dari sudut pemahaman, maksud yang
tersirat melalui bahasa sajak yang diungkapkan secara puitis terasa jauh lebih
terkesan berbanding dengan penyampaian dalam bentuk prosa; cerpen, novel
mahupun buku-buku karangan biasa. Hal ini kerana, sifat sajak itu sendiri
dibumbui oleh unsur-unsur bahasa sastera yang hidup dan beremosi sifatanya.
Maka demikian setelah menghayati sajak “Kau Terimalah lamaran Itu” di tangan
Abdulhadi Muhamad.
................(bersambung)
................(bersambung)
No comments:
Post a Comment