Sesosok jasad dirinya
ditemu membusuk di tikar
tidur
dia Pak Insan warga wilayah
tua.
Rajin menerus hidup
keseorangan di rumah usang
pisang sesikat itu.Tiga
petang lalu
masih terdengar dehem batuknya.
Senja kemarin seusai rintik
hujan,
anggota keluarga berjiranan
mahu menghulur makanan;
Pak Insan tidak menyahut
meski berkali dikeloi,
pintu di dalam berkunci.
Begitu diintip celah
tingkap sopeng
lalat berterbangan ada bau
menyengat.
Curiga; namanya dipanggil
lagi
kasihan …bila agaknya dia
pergi
Menghidupi diri, sejak lama
Pak Insan menadah hujan
jatuh
berteka-teki dengan lelah
dan lemah
sukarnya sering bersudah
susah
Mengutip rezeki di perkarangan
rumah
hidup ini serba
menggelisah. Dia akur
sukma dan raganya sudah
diatur
nasib mendorongnya ke ruang
alah
31 Ogos 2009
No comments:
Post a Comment