Antara
kegiatan lain yang diadakan oleh Grupemuisi Era Ketiga ialah Sambutan Ulang
Tahun Grupemuisi ke 10 (17 Disember 1987) yang disambut pada 19 Disember 1987
yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Drs. Sulaiman Mohammad Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama dalam majlis ialah Profesor
Dato` Ismail Hussein dan pegawai-pgawai universiti. Pameran Hasil-hasil karya
ahli-ahli Grupemuisi sempena 10 tahun juga diadakan.
Era Ketiga
selama kegiatannya berjaya menghasilkan satu antologi puisi berjudul :
- Di Luar Bingkai Diri
- Airmata Kekasih (Kumpulan Cerpen Wan Radzuan Ibrahim)
Namun dari
Era Ketiga tidak menampakkan seorangpun penyair muda yang berpotensi untuk
menjadi penyair mapan sekurang-kurangnya setara dengan Nawawee Mohammad, Abdul
Hadi Muhamad dan Azmi Rahman.
Selepas dari
Era Ketiga ini Grupemuisi seolah-olah hilang kepimpinan dan rangsangan. Banyak
faktor yang menyebabkan Grupemuisi menuju kepada kepupusan, ianya berkait
dengan mahasiswa yang kekurangan aktivis dan bakat, polisi universiti terhadap
perkembangan pengajian sastera di kampus dan suasana masyarakat yang makin
kurang minat terhadap sastera.
Mempengurusi majlis anjuran Grupemuisi UKM 1978 kelihatan sdr Azmi Yusoff, Tan Seri Dr Anwar Mahmud Naib Canselor UKM dan Dr Ramli Isin selaku Penasihat Grupemuisi.
No comments:
Post a Comment